FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Nilai Semula Perkhidmatan yang Disumbangkan


YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menyampaikan sijil-sijil penghargaan dan cenderahati kenangan kepada para pegawai dan kakitangan yang bersara. | FOTO: PELITA BRUNEI (Haji Ariffin Mohd. Noor)

 


 April 16th, 2016  |  10:00 AM  |   2726 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Khamis, 14 April. - Sambutan Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Negara Brunei Darussalam yang disambut pada setiap 29 September setiap tahun adalah sebagai usaha memperkukuhkan nilai-nilai budaya kualiti dalam perkhidmatan awam, memberi pengiktirafan dan memperbaharui komitmen seluruh anggota perkhidmatan awam di negara ini.

 

Sehubungan itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengadakan Majlis Sambutan HPA Kali Ke-22 Tahun 2015 di Dewan Multaqa, Lantai Bawah, Bangunan Tambahan, kementerian berkenaan.

 

140416 ARIF01 HPAKHEU

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman (dua dari kanan) semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-22 Tahun 2015.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

 

Sementara itu, Pengarah Pentadbiran KHEU selaku Pengerusi Bersama majlis berkenaan, Awang Haji Zulkifli bin Panglima Asgar Dato Paduka Haji Abdullah dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan, dalam konteks KHEU, budaya untuk berubah harus kita tanamkan dalam perkhidmatan memandangkan pada peranan kita yang semakin banyak.

 

Menurutnya, jabatan-jabatan di bawah KHEU hendaklah mengambil langkah untuk menilai semula perkhidmatan-perkhidmatan dalam jabatan.

 

140416 ARIF05 HPAKHEU

YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kenangan kepada salah seorang pegawai dan kakitangan yang bersara.

"CSR atau Civil Service Review merupakan salah satu kaedah pengurusan yang diperkenalkan dalam perkhidmatan awam dalam menilai perkhidmatan," ujarnya.

 

Beliau seterusnya menambah, Majlis Sambutan HPA ini dihasratkan dapat menzahirkan rasa penghargaan dan terima kasih kementerian ini kepada pegawai dan kakitangan yang bersara iaitu individu-individu yang telah banyak menyumbangkan jasa bakti, kesetiaan, menyumbangkan tenaga, dan rasa bertanggungjawab, penuh komitmen, berbasah, berkaring dalam menjana dan membangun visi dan misi KHEU.

 

140416 ARIF06 HPAKHEU

YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pengiran Alizah binti Pengiran Haji Mohd Tahir, Pegawai Ugama, Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid.

Pada majlis itu, Setiausaha Tetap KHEU, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof juga menyampaikan ucapan penghargaan dan nasihat kepada para pesara.

 

Seramai 44 orang pegawai dan kakitangan KHEU yang telah bersara mulai 1 Oktober 2014 hingga 30 September 2015 telah menerima cenderamata kenangan dan sijil penghargaan sementara seramai tiga orang pegawai dan kakitangan menerima Sijil Anugerah Pekerja Cemerlang Tahun 2015.

 

140416 ARIF07 HPAKHEU

YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dayang Hajah Norezan binti Haji Gillen, Kerani, Seksyen Kajian dan Perancangan, Bahagian Dasar Perancangan dan Penyelidikan.

Tiga penerima tersebut ialah Pegawai Ugama Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pengiran Alizah binti Pengiran Haji Mohd. Tahir; Penolong Pentadbir Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pentadbiran, Pengiran Junaidi bin Pengiran Haji Zulaihi dan Kerani Seksyen Kajian dan Perancangan, Bahagian Dasar Perancangan dan Penyelidikan, Dayang Hajah Norezan binti Haji Gillen.

 

Majlis bertujuan bagi menghargai dan mengenang jasa bakti pegawai dan kakitangan KHEU yang pernah bertugas dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Di samping itu, ia adalah bagi mengeratkan dan mengekalkan lagi hubungan silaturahim di antara pegawai dan kakitangan yang masih berkhidmat dan yang telah bersara di KHEU.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abd Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10