FacebookInstagramTwitterContact

 

The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berangkat Menyaksikan Kejohanan Renang Brunei Ke-24


DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman serta anakanda-anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Renang Brunei Ke-24 bagi Kumpulan Umur yang dianjurkan oleh Persatuan Renang Amatur Brunei (BASA). | FOTO: INFOFOTO (Masri Osman)

 


 April 16th, 2016  |  10:08 AM  |   4756 views

BERAKAS

 

Jumaat, 15 April. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Renang Brunei Ke-24 Bagi Kumpulan Umur yang dianjurkan oleh Persatuan Renang Amatur Brunei (BASA) pada hari ini.

 

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ke kejohanan yang berlangsung di Kolam Renang Kebangsaan, Kompleks Stadium Negara Hassanal Bolkiah, di sini, dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

15042016 MASRI 001 RENANG

KEBERANGKATAN Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ke kejohanan berkenaan dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

Berangkat sama, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah; anakanda-anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah; serta cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Yang Amat Mulia Pengiran Anak 'Abdul Raqiib bin Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak 'Abdul Haseeb bin Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim.

 

Dalam kejohanan di hari pertama ini, anakanda Duli Yang Teramat Mulia, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim menyertai kejohanan dalam Kategori 50 Meter Kuak Dada dan 50 Meter Gaya Bebas.

 

15042016 MASRI RENANG 10 PTG

YANG Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim menyertai kejohanan dalam Kategori 50 Meter Kuak Dada dan 50 Meter Gaya Bebas.

Juga menyertai dalam kejohanan tersebut cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Yang Amat Mulia Pengiran Anak 'Abdul Haseeb yang menyertai 50 Meter Gaya Bebas.

 

Kejohanan selama tiga hari bermula hari ini telah berjaya menarik penyertaan lebih dari 328 perenang dari 16 buah pasukan yang terdiri daripada perenang dari Negara Brunei Darussalam; Sabah; Miri, Sarawak; dan Republik Indonesia.

 

15042016 MASRI RENANG 08 PTG

BERANGKAT sama, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, cucunda-cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta kerabat diraja yang lain.

Kejohanan akan disambung esuk bermula dari jam 9.00 pagi bagi sesi pagi dan jam 2.00 petang bagi sesi petang yang mengambil tempat yang sama.

 

Kejohanan renang berkumpulan ini diadakan bertujuan untuk terus memupuk rasa minat dan daya saing barisan perenang muda yang berpotensi untuk pergi lebih jauh dalam usaha untuk memantapkan lagi sukan renang ini di peringkat yang lebih tinggi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39