Home > Bahasa Melayu
Perjumpaan Dua Hala dengan Presiden Republik Islam Iran
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengadakan Perjumpaan Dua Hala dengan Presiden Republik Islam Iran, Tuan Yang Terutama Hassan Rouhani. | FOTO: INFOFOTO (Mohamad Azmi Awang Dami)
April 16th, 2016 | 10:16 AM | 2472 views
ISTANBUL, REPUBLIK TURKI
Jumaat, 15 April. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengadakan Perjumpaan Dua Hala dengan Presiden Republik Islam Iran, Tuan Yang Terutama Hassan Rouhani, berlangsung di sebuah bilik perjumpaan khas di Pusat Kongres Istanbul, di sini.
Semasa perjumpaan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Tuan Yang Terutama Presiden Republik Islam Iran bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal serantau dan antarabangsa dan seterusnya membincangkan cara-cara untuk memperkukuhkan lagi hubungan dua hala di antara kedua-dua buah negara.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Tuan Yang Terutama Presiden Republik Islam Iran bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal serantau dan antarabangsa dan seterusnya membincangkan cara-cara untuk memperkukuhkan lagi hubungan dua hala di antara kedua-dua buah negara.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Tuan Yang Terutama Presiden Republik Islam Iran berada di Istanbul, Republik Turki bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam Sesi Ke-13 yang berlangsung mulai 14 hingga 15 April 2016.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]