Home > Bahasa Melayu
Upacara Penyahtauliahan KDB PEMBURU
PEMERINTAH Skuadron Kapal Peronda Pantai TLDB, Leftenan Mohammad Aliashim bin Alias, TLDB, mengetuai upacara dan menyerahkan bendera Negara Brunei Darussalam, Navy Ensign serta penan penauliahan KDB PEMBURU kepada Pemerintah TLDB menandakan penamatan perkhidmatan KDB PEMBURU selama lebih dari 40 tahun.
December 31st, 2016 | 09:49 AM | 1130 views
MUARA
Jumaat, 30 Disember. - Kementerian Pertahanan melalui kenyataan medianya memberitahu hari ini Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) mengadakan penghormatan terakhir bagi salah satu Kapal Peronda Pantai TLDB, KDB PEMBURU dengan Upacara Penyahtauliahan yang berlangsung di Pangkalan TLDB, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemerintah TLDB, Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, yang mengisytiharkan Deklarasi Penyahtauliahan KDB PEMBURU.
Pemerintah Skuadron Kapal Peronda Pantai TLDB, Leftenan Mohammad Aliashim bin Alias, TLDB, mengetuai upacara tersebut dan menyerahkan bendera Negara Brunei Darussalam, Navy Ensign serta penan penauliahan KDB PEMBURU kepada Pemerintah TLDB menandakan penamatan perkhidmatan KDB PEMBURU selama lebih dari 40 tahun.
DITAULIAHKAN pada 17 Jun 1975, KDB PEMBURU dibina oleh Vosper Thornycroft, Singapura dan telah berkhidmat selama 41 tahun 6 bulan dan 14 hari. Sepanjang perkhidmatannya, KDB PEMBURU telah terlibat dalam tugas-tugas rondaan, operasi penghantaran serantau, eksesais-eksesais pelbagai hala dengan angkatan-angkatan tentera laut lain serta memberikan sumbangan yang penting terhadap peranan-peranan TLDB.
Ditauliahkan pada 17 Jun 1975, KDB PEMBURU dibina oleh Vosper Thornycroft, Singapura dan telah berkhidmat selama 41 tahun 6 bulan dan 14 hari.
Sepanjang perkhidmatannya, KDB PEMBURU telah terlibat dalam tugas-tugas rondaan, operasi penghantaran serantau, eksesais-eksesais pelbagai hala dengan angkatan-angkatan tentera laut lain serta memberikan sumbangan yang penting terhadap peranan-peranan TLDB.
KDB PERWIRA dan KDB PENYERANG juga merupakan kapal dalam kelas yang sama dan masih berkhidmat di TLDB.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Siaran Akhbar Kementerian Pertahanan
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]