FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Polis Ke-96


PESURUHJAYA Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam antara yang hadir pada Majlis Kesyukuran Sambutan Hari Polis Ke-96 Tahun 2017 dan Membaca Surah Yaa Siin, Tahlil serta Doa Arwah bertempat di Surau PDB Gadong. |FOTO : PELITA BRUNEI (Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)

 


 January 1st, 2017  |  08:46 AM  |   1635 views

GADONG

 

Sabtu, 31 Disember. - Bersempena Sambutan Hari Polis Ke-96 Tahun 2017, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) lewat petang tadi mengadakan Majlis Doa Kesyukuran bertempat di Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam.

 

Majlis didahului dengan menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat bagi memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar semua pasukan PDB sentiasa dikurniakan kesihatan dalam melaksanakan tugas mencegah dan membanteras jenayah juga dihindari dari kecelakaan dan kesukaran dalam menjalankan tugas.

 

Seterusnya diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil yang dikepalai oleh Imam Surau Polis Gadong, Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Metali yang disedekahkan pahalanya kepada warga pasukan tersebut yang telah meninggal dunia yang kemudiannya memimpin bacaan Doa Kesyukuran dan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah.

 

Acara tersebut bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan dalam kalangan warga pasukan serta ahli pengawasan kejiranan, juga menghargai khidmat mereka di samping memberi galakan dan suntikan semangat kepada warga pasukan yang masih berkhidmat yang mana tugas kepolisan adalah satu tugas yang mulia dalam usaha mengekalkan keamanan di Negara Brunei Darussalam.

 

Majlis yang sama juga diadakan di Surau Daerah Polis Belait sempena Sambutan Hari Polis Ke-96 Tahun 2017.

 

Juga hadir ialah pegawai dan anggota-anggota PDB serta kakitangan yang bertugas dengan pasukan, mantan-mantan PDB, warga pasukan polis yang telah bersara, penghulu-penghulu dan ketua kampung, kejiranan di Daerah Brunei dan Muara, Tutong dan kadet-kadet polis.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17