FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sambutan 50 Tahun Menaiki Takhta Satu Sejarah


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah Sempena Awal Tahun Masihi 2017 berlangsung di Istana Nurul Iman. |FOTO : PELITA BRUNEI (Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)

 


 January 1st, 2017  |  08:51 AM  |   5611 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sabtu, 31 Disember. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menjelang tahun 2017 ini, akan berlaku satu lagi sejarah, apabila insyaaAllah, negara akan merayakan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun baginda menaiki takhta.

 

Sambutan itu sangat besar ertinya titah baginda, sebagai cara, untuk kita menghargai sejarah.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah demikian Sempena Menyambut Awal Tahun Baharu Masihi 2017 di Istana Nurul Iman.

 

Dalam perayaan yang dirancang titah baginda, berharap semua pihak akan mengamalkan sifat bersederhana.

 

"Apa yang penting ialah perayaan atau sambutan sebagai sifatnya 'petanda' bagi sejarah. Sejarah adalah 'lidah' zaman, yang akan berkata-kata kepada generasi demi generasi tanpa pernah mengenal penat atau bosan. Itulah harga sejarah," titah baginda.

 

Sifat sederhana di sini menurut baginda, termasuk memberi keutamaan apa yang utama, namun, bukanlah menjadi tujuan kita untuk menyempitkan wawasan bagi masa yang panjang.

 

Untuk akhirnya, bersempena dengan tahun baharu ini, baginda ingin mengabadikan harapan supaya rakyat dan penduduk negara ini menguatkan azam dan usaha ke arah menjadikan diri masing-masing lebih proaktif, kreatif dan berintegriti dalam menghadapi segala cabaran.

 

Baginda juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peringkat dalam Perkhidmatan Awam, pasukan-pasukan keselamatan dan sektor swasta di atas usaha ikhlas mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing pada sepanjang tahun 2016.

 

Beta dan keluarga beta juga tidak lupa merakamkan ucapan Selamat Tahun Baharu Masihi 2017 kepada seluruh rakyat dan penduduk.

 

Semoga Allah Subhanahu Wata'ala melimpahkan rahmat-Nya berupa hidayat, kesihatan, keamanan dan kemakmuran kepada kita semua dan negara.

 
 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Abdullah Asgar, Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10