FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bandarku Ceria Terus Mendapat Sokongan Padu


|FOTO : PELITA BRUNEI : (Ampuan Mahmud Ampuan Haji Tengah)

 


 January 2nd, 2017  |  09:06 AM  |   1062 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 Ahad, 1 Januari. - Program Bandarku Ceria masih lagi mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak terutama para penjaja yang mencari pendapatan serta orang ramai yang ingin mengisi masa lapang mereka dengan melakukan aktiviti riadah hujung minggu lebih-lebih lagi bersama keluarga.

 

Pelita Brunei pada awal pagi tahun baharu 2017 telah membuat tinjauan ke Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien dan kawasan sekitarnya yang meriah dengan pelbagai aktiviti.

 

Pada program tersebut, aktiviti berbasikal masih lagi menjadi pilihan utama pengunjung-pengunjung Bandarku Ceria yang mana mereka boleh menyewa pelbagai jenis basikal termasuk basikal yang mempunyai dua mahupun tiga tempat duduk yang tersedia atau membawanya sendiri.

 

010117 BKC AMP2

 

PARA pengunjung Bandarku Ceria di Taman SOAS  juga berkesempatan bergambar bersama maskot yang cuma ada pada tiap-tiap hujung minggu sahaja.

 

Selain itu, pelbagai aktiviti lain juga dijalankan di taman berkenaan dan kawasan sekitarnya seperti permainan 'bouncer', meniup belon dan bergambar bersama beberapa maskot animasi kegemaran kanak-kanak.

 

Beberapa pengunjung program berkenaan turut mengambil bahagian dalam senamrobik bagi memeriahkan lagi suasana Bandar Seri Begawan pada pagi itu.

 

Sesuai dengan pengisytiharan Bandar Seri Begawan sebagai Bandar Kebudayaan ASEAN 2016-2017, program Bandarku Ceria yang berlangsung di ibu negara ini dapat memperkembangkan ekonomi negara dalam sektor pelancongan memandangkan di sana terdapat tempat-tempat menarik untuk dilawati seperti Kampong Ayer dan Tamu Kianggeh.

 

010117 BKC AMP1

KANAK-KANAK dan para remaja asyik bermain buih sabun yang boleh didapati secara sewa dengan harga yang berpatutan.

 

Ini memudahkan para pelancong untuk bersiar-siar di ibu negara dalam suasana yang lebih bersih dan sihat, di samping, berpeluang menyertai aktiviti riadah bersama penduduk tempatan sambil menyaksikan keindahan Masjid Sultan Omar 'Ali Saifuddien yang terletak berhampiran dengan taman berkenaan.

 

Program yang meliputi semua peringkat umur tersebut merupakan peluang bagi kita menunjukkan budaya rakyat Negara Brunei Darussalam yang mengutamakan hubungan kekeluargaan dan gaya hidup yang seimbang.

 

Program Bandarku Ceria merupakan hari tanpa kereta yang diadakan setiap hari Ahad di mana beberapa jalan raya ditutup bagi lalu lintas dan di kawal rapi oleh pihak Polis Diraja Brunei bermula dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19