FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Festival Kampung Kiudang 2016, Mampu Tarik Pelancong Luar Negara


PEGAWAI Daerah Tutong, Awang Haji Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain bergambar ramai bersama Ahli Jawatankuasa Kampung Kiudang. |FOTO : PELITA BRUNEI (Dk. Nur Hafilah Pg. Osman )

 


 January 2nd, 2017  |  09:12 AM  |   1377 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahad, 1 Januari. - Festival Kampung Kiudang 2016 'Keceriaan bermula di sini' diadakan bagi memberi keceriaan kepada kampung tersebut serta mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan melalui penganjuran acara yang mampu mewujudkan penglibatan seluruh lapisan masyarakat di dalam semua aspek iaitu keugamaan, perekonomian, kemasyarakatan, sukan dan seumpamanya.

 

Sehubungan itu, Majlis Pelancaran festival berkenaan diadakan di Kawasan Gerai Muafakat Kampung Kiudang Mukim Kiudang, di sini.

 

Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan pelancaran Festival Kiudang 2016.

 

Pengerusi Bersama Festival Kiudang 2016, Awang Muhammad Amir bin Haji Umarali dalam ucapan alu-aluannya antara lain menjelaskan, festival tersebut merupakan salah satu strategi untuk mempromosi Industri Pelancongan Kampung Kiudang di samping sebagai platform terbaik untuk memantapkan lagi aktiviti lawatan yang berkonsepkan Eko Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBET) yang menarik dan berdaya tahan di daerah ini.

 

FILA GERAI 01

 

TETAMU kehormat, Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain menyaksikan pameran dan jualan bazaar.

 

Menurutnya, berkat sokongan yang padu daripada semua pihak, festival berkenaan akan dimasukkan di dalam kalendar acara tahunan bagi Daerah Tutong yang berkonsepkan pelancongan.

 

Dengan ini katanya, ianya akan dikembangkan dan diperluaskan dari segi format acara dan program agar Festival Kampung Kiudang itu mempunyai nilai komersial yang tinggi serta mampu menarik ramai pengunjung domestik serta pelancongan luar negara.

 

Terdahulu, 'Kampungku Parade' memulakan tirai festival berkenaan dengan menampilkan sembilan buah pasukan antaranya, Pasukan Kumpulan Kereta Mercedez atau Kelab Benzer yang diketuai oleh Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd Daud, diikuti dengan; Pasukan Kedua, Pasukan Kejiranan Kampung yang terdiri daripada warga Kampung Kiudang; Pasukan Sukarelawan Tutong; Pasukan Belia-beliawanis; Pasukan Futsal; Pasukan Warga Kampung Kiudang; Pasukan Kumpulan Petani dan Penternak Kampung; Pasukan Galeri Ariffin dan Pasukan Kumpulan Berbasikal.

 

Selepas itu majlis disusuli dengan penyampaian hadiah Kejohanan Futsal Festival Kiudang 2016 yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

 

Seterusnya tetamu kehormat melawat pameran dan jualan bazar di kawasan Festival Kiudang serta menyaksikan aktiviti-aktiviti yang sedang diadakan.

 

Sepanjang Festival Kiudang 2016 diadakan, lebih 30 petak jualan disediakan kepada orang ramai yang mana ianya telah pun mendapat sambutan yang positif daripada orang ramai.

 

Selain itu, pihak penganjur iaitu Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kiudang, Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan Daerah Tutong dan City Neon Brunei juga menyediakan lebih 25 cabaran dan permainan keluarga menerusi pek permainan keluarga dan sukan ria untuk para pengunjung.

 

FILA GERAI 03

TETAMU kehormat, Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain menyaksikan pameran dan jualan bazaar.

 

Sementara Kejohanan Futsal sempena festival ini juga dianjurkan, sebagai usaha untuk memberikan peluang kepada belia-belia agar bergiat aktif dalam bidang sukan, di samping dapat menimba pengalaman yang positif untuk diri masing-masing.

 

Sementara Pakej Kampungku Tour pula merupakan antara program dan aktiviti yang disediakan selama dua hari festival ini diadakan, yang mana pakej ini memberi peluang kepada para pengunjung untuk mengenali dan melawat tempat-tempat menarik di Kampung Kiudang.

Melalui program ini juga ia turut memberi peluang kepada warga kampung untuk menimba pengalaman menjadi jurupandu pelancong yang berkebolehan.

 

Dua orang pengunjung yang hadir iaitu, Dayang Nurul Ezatul Shafiqah binti Mohd Aswanddy dan Dayang Aida binti Mohammad ketika ditemui menaruh kepercayaan bahawa acara-acara seperti ini mampu menceriakan para pengunjung.

 

Mereka juga berpendapat festival berkenaan juga dapat memperkukuhkan institusi kekeluargaan para pengunjung dan masyarakat amnya dan mampu menarik ramai pelancong, untuk melancong ke negara ini bagi melihat sendiri keunikan yang terdapat di negara ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17