FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Terus Meriah di Ambang 2017


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri , Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong melihat lebih dekat basikal yang digunakan oleh seorang pengunjung Bandarku Ceria.

 


 January 2nd, 2017  |  09:14 AM  |   1002 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahad, 1 Januari. - Kehadiran tahun baharu 2017 Masihi disambut dengan penuh keceriaan serta aman damai di mana di ibu negara pelbagai aktiviti Bandarku Ceria diteruskan seperti lazimnya setiap hujung minggu.

 

Keceriaan tersebut jelas terlihat dengan adanya sambutan orang ramai yang terus mengunjungi aktiviti mingguan, iaitu hari tanpa kereta yang bermula jam 6.00 hingga 10.00 pagi.

 

Antara yang hadir, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

 

FO AM 010117 -7

 

PARA pengunjung beriadah di sepanjang jalan di kawasan Taman Sultan Omar 'Ali Saifuddien di ibu negara.

 

FO AM 010117 -3

 

PARA pengunjung ke Bandarku Ceria beriadah bersama keluarga menikmati keindahan sekitar ibu negara.

 

Rata-rata para pengunjung hadir bersama keluarga dan rakan taulan beriadah dengan mengayuh basikal di beberapa batang jalan raya yang dikhaskan untuk aktiviti pagi ini dan ada sebahagiannya turut bersiar-siar berjalan kaki di sekitar Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien yang juga merupakan tumpuan orang ramai.

 

Juga kelihatan beberapa kumpulan belia yang melakukan aktiviti senaman ringan yang turut disertai oleh para pengunjung di Bandarku Ceria.

 

FO AM 010117 -5

 

SEKUMPULAN belia mengadakan senaman di sepanjang jalan di ibu negara.

 

Sebahagian dari yang hadir bersama keluarga menyatakan bahawa mereka lebih memilih untuk beriadah dalam negara semasa cuti awam, di samping mengelakkan daripada tersekat dalam kesesakan lalu-lintas di sempadan negara jiran.

 

Di waktu yang sama, para pengunjung juga diingatkan untuk sentiasa menjaga keselamatan masing-masing dalam melakukan riadah dengan mengenakan pakaian dan peralatan keselamatan seperti topi kaledar semasa menunggang basikal, di samping sama-sama berganding bahu menjaga kebersihan persekitaran kawasan bandar.

 

FO AM 010117 -6

 

KELIHATAN warga emas sedang menunggang beca.

 

Bandarku Ceria telah diadakan sejak Oktober 2016 dan telah berjaya menggubah suasana landskap hujung minggu di Bandar Seri Begawan dengan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat ke arah cara hidup yang sihat, produktif dan bersatu-padu.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39