FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Muhd. Aliuddin Juara Kejohanan Catur Blitz


YANG Di-Pertua Persekutuan Catur Brunei, Pengiran Abdul Rahman bin Pengiran Laila Wijaya Yusof (kanan) ketika menyampaikan hadiah kepada Awang Muhd. Aliuddin bin Haji Azahari (kiri) juara Kategori Terbuka bagi Kejohanan Catur Blitz sempena Tahun Baharu dan Kejohanan Catur Kebangsaan Brunei.

 


 January 3rd, 2017  |  08:31 AM  |   1636 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Isnin, 2 Januari. - Fide Master Awang Muhd. Aliuddin bin Haji Azahari muncul juara bagi Kategori Terbuka setelah berjaya mengutip sebanyak 9 mata di Kejohanan Catur Blitz sempena Tahun Baharu yang berlangsung di Pusat Catur Brunei, Berakas.

 

Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang pada Majlis Penutup Kejohanan Catur, Yang Di-Pertua Persekutuan Catur Brunei, Pengiran Abdul Rahman bin Pengiran Laila Wijaya Yusof.

 

SYIAR CATUR 3

 

AWANG Abdul Zahirul Haq bin Zazali merangkul juara bagi Kategori Umur 14 Tahun Ke Bawah bagi Kejohanan Catur Blitz sempena Tahun Baharu dan Kejohanan Catur Kebangsaan Brunei.

 

Manakala, Pengiran Abdul Rahman berjaya memungut 7 mata sekali gus menjadikan beliau naib juara dalam kategori tersebut, sementara tempat ketiga pula dimenangi oleh Pengiran Haji Kamarunsalehin bin Pengiran Kamis setelah berjaya mengumpul sebanyak 6.5 mata.

 

Sementara itu, bagi Kategori Umur 50 Tahun Ke Atas pula dimenangi oleh Yap Chow Tun setelah berjaya mengutip sebanyak 6 mata.

 

SYIAR CATUR 2

 

YAP Chow Tun juara bagi Kategori Umur 50 Tahun Ke Atas bagi Kejohanan Catur Blitz sempena Tahun Baharu.

 

Menjuarai dalam kejohanan yang sama bagi Kategori Umur 20 Tahun Ke Bawah ialah Awang Kamarul Ariffin bin Haji Kipli dengan kutipan mata sebanyak 5, manakala bagi Kategori Umur 14 Tahun Ke Bawah pula dijuarai oleh Awang Abdul Zahirul Haq bin Zazali dengan markah keseluruhan sebanyak 5 mata.

 

Acara kemudian diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang di Kejohanan Catur Kebangsaan Brunei yang berlangsung pada minggu lalu.

 

SYIAR CATUR 4

 

ANTARA aksi pada kejohanan tersebut.

 

Fide Master Awang Muhd. Aliuddin sekali lagi muncul juara bagi Kategori Terbuka di kejohanan tersebut setelah berjaya mengutip sebanyak 8.5 mata, diikuti dengan Pengiran Haji Kamarunsalehin dengan kutipan mata sebanyak 7.5, manakala Awangku Hafidzon Pengiran Omar menduduki tempat ketiga dengan 6 mata.

 

Awang Japar bin Timbang muncul juara bagi Kategori Umur 50 Tahun Ke Atas setelah berjaya meragut sebanyak 5 mata, manakala bagi Kategori Umur 20 Tahun Ke Bawah pula dijuarai oleh Awang Md. Ridhwan bin Md. Ismail dengan 5 mata, dan pemenang bagi Kategori Umur 14 Tahun Ke Bawah di kejohanan tersebut ialah Awang Abdul Zahirul Haq dengan kutipan sebanyak 5 mata.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10