FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkatkan Kemahiran Berbahasa Arab


MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman mendengarkan taklimat semasa membuat tinjauan ke Sekolah Persediaan Arab, Bandar Seri Begawan.

 


 January 4th, 2017  |  09:46 AM  |   914 views

BRUNEI DARUSSALAM

 

Selasa, 3 Januari. - Dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Arab di kalangan pelajar-pelajar Sekolah Arab, pemimpin-pemimpin sekolah khususnya guru-guru perlu mewujudkan suasana kondusif berbahasa Arab dan menggalakkan pelajar berkomunikasi dalam bahasa berkenaan.


Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, menekankan perkara tersebut semasa ditemu bual ketika membuat lawatan ke Sekolah Persediaan Arab, di Bandar Seri Begawan.

 

030117 AZMI9 ARAB

 

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman semasa ditemu bual ketika membuat lawatan  ke Sekolah Persediaan Arab, Bandar Seri Begawan.

 

Jelas Yang Berhormat Pehin, perkara berkenaan adalah bertujuan untuk memberikan keseimbangan kebolehan berbahasa Arab di samping kemahiran berbahasa Inggeris yang sudah cemerlang di kalangan murid-murid sekolah Arab.


Pencapaian sekolah-sekolah Arab di Negara Brunei Darussalam khususnya Sekolah Persediaan Arab, Bandar Seri Begawan dalam Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) menurut Yang Berhormat Pehin adalah begitu membanggakan dan perlu dikekalkan serta dipertingkatkan.

 

030117 AZMI1 ARAB

 

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman semasa meninjau Sekolah Persediaan Arab, Bandar Seri Begawan.

 

''Selain itu, kejayaan sekolah-sekolah Arab ini adalah terhasil atas kerjasama erat antara ibu bapa, guru-guru dan pelajar yang memberikan sinerji yang baik dalam pendidikan, seterusnya menimbulkan semangat kekitaan (sense of belonging) untuk terus mencapai kejayaan,'' ujarnya.


Siri lawatan ke Sekolah Persediaan Arab, Bandar Seri Begawan adalah bagi meninjau, mengikuti, meneruskan persiapan, penilaian, strategi dan sasaran pihak sekolah dalam mengekalkan dan meningkatkan lagi trek rekod pencapaian cemerlang sekolah dalam PSR.


Ketibaan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan rombongan dialu-alukan oleh Guru Besar Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan, Dayang Sarimah binti Haji Ahmad serta guru-guru dan kakitangan sekolah berkenaan.

 

030117 AZMI7 ARAB

 

PARA pelajar semasa membuat kira-kira matematik dengan menggunakan skrin teknologi maklumat (IT).

 

Turut menyertai lawatan tersebut ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof dan Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Dayang Ajijah binti Haji Moktal.


Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama juga berkesempatan mendengar Taklimat mengenai Pelan Perkembangan Sekolah Bagi Tahun 2017 disampaikan oleh Dayang Sarimah binti Haji Ahmad.
Antara usaha pihak sekolah ialah mempelbagaikan program-program intervensi bagi subjek-subjek PSR dan mengukuhkan penguasaan bahasa Arab dan penuturannya.


Sesi lawatan Menteri Hal Ehwal Ugama dimulakan dengan meninjau pembelajaran murid-murid Tahun 6 di sekolah tersebut dan seterusnya meninjau ke bilik-bilik guru, Bilik Syifa bagi Unit Medik, Dewan Mesyuarat dan Dewan Sekolah Persediaan Arab, Bandar Seri Begawan.


Sekolah Persediaan Arab, Bandar Seri Begawan terletak di Kilometer 2, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan mula ditubuhkan pada tahun 1984 bagi menampung kemasukan awal murid-murid perempuan ke persekolahan Arab. Ianya mempunyai 30 buah bilik dan dilengkapi dengan dua Bilik ICT, Bilik Pentadbiran, Bilik Mesyuarat, sebuah kantin dan Pondok Pengawal Keselamatan.

 

030117 AZMI10 ARAB

 

SEKOLAH  Persediaan Arab, Bandar Seri Begawan.

 

Sekolah tersebut menawarkan Mata Pelajaran Teras Ugama iaitu Al-Quran, Bahasa Arab dan At-Tarbiyyah Ad-Diniyyah; Mata Pelajaran Teras (Umum) iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan MIB dan Mata Pelajaran Wajib iaitu Social Studies, Khat; Amali Agama; ICT dan Pendidikan Jasmani.

 

Sekolah Persediaan Arab, Bandar Seri Begawan menempatkan pelajar-pelajar perempuan Tahun 5 dan 6 sahaja, yang mana pada tahun ini seramai 477 pelajar Tahun 6 memulakan persekolahan sesi 2017 dan dijangka seramai 390 pelajar baharu Tahun 5 memulakan sesi persekolahan pada 5 Januari 2017.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Mohamad Azmi Awang Damit

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19