FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Hampir 70 Ribu Pelajar Memulakan Persekolahan


MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman melawat ke salah sebuah kelas di Sekolah Rendah Pengiran Pekerma Setia Diraja Sahibul Bandar, Jalan Mata-Mata, Kluster 1.

 


 January 4th, 2017  |  09:49 AM  |   1379 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Selasa, 3 Januari. - Dengan bermulanya sesi persekolahan bagi tahun 2017 hari ini, suasana keceriaan dan semangat para pelajar kelihatan begitu teruja dan bersemangat untuk memulakan persekolahan dan menemui guru-guru serta sahabat-sahabat setelah menamatkan musim percutian masing-masing.


Sebilangan besar begitu bersemangat untuk memulakan sesi pembelajaran, khususnya dalam suasana peningkatan kelas yang diduduki di tahun baharu ini.


Bersempena dengan musim persekolahan tahun 2017, pucuk pimpinan Kementerian Pendidikan telah mengadakan lawatan ke beberapa buah sekolah bagi melihat perjalanan persekolahan pelajar-pelajar sesi persekolahan awal tahun.

 

Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman mengadakan lawatan ke Sekolah Rendah Pengiran Pekerma Setia Diraja Sahibul Bandar, Jalan Mata-mata, Kluster 1.


Ketibaan Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan rombongan dialu-alukan oleh Guru Besar sekolah rendah berkenaan, Cikgu Suhaila binti Salleh dan Ketua Kluster 1, Cikgu Hamidah binti Haji Daud.

 

 

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman sempat berinteraksi bersama murid-murid Sekolah Rendah Pengiran Pekerma Setia Diraja Sahibul Bandar, Jalan Mata-Mata, Kluster 1.

 

Rombongan Yang Berhormat Pehin mula-mula dibawa melihat sesi perbarisan pagi yang diikuti dengan nyanyian Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa belajar.


Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Guru Besar, sekolah rendah tersebut Kluster 1, Cikgu Suhaila binti Salleh dan sedikit ucapan dari Timbalan Pengerusi PIBG (Persatuan Ibu-Bapa dan Guru) sekolah, Awang Jafire bin Haji Mohammad.


Yang Berhormat Pehin dan rombongan seterusnya dibawa menyaksikan sesi pembelajaran yang sedang berjalan di bilik-bilik darjah.


Tahun ini keramaian pelajar di Sekolah Rendah Pengiran Pekerma Setia Diraja Sahibul Bandar, Kluster 1 ialah seramai 495 orang dengan 39 orang tenaga pengajar.


Menyertai rombongan ialah Pengarah Sekolah-Sekolah, Awang Zaman bin Gapar; Pengarah Perkembangan Kurikulum, Awang Haji Abd Rahman bin Nawi; Pengarah Kenaziran Sekolah-Sekolah, Nadia Lee Siew Hoon binti Abdullah dan Ketua Unit Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Dayang Sharinah binti Haji Awang Suhaimi.


Sementara itu, di hari yang sama, Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar juga mengadakan lawatan berasingan ke Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar, Temburong.

 

PR MOE LAWATAN MENTERI 1

 

TIMBALAN Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji  Bahrom bin Pengiran Haji Bahar mengadakan lawatan berasingan ke Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar.

 

Ketibaan Timbalan Menteri Pendidikan dan rombongan di sini di alu-alukan oleh Pengetua Sekolah berkenaan, Awang Abdul Wafi Sia bin Abdullah Sia.


Semasa berada di sekolah tersebut, Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan dan rombongan meninjau sesi pembelajaran yang sedang berjalan di beberapa buah kelas.


Pada tahun ini, keramaian pelajar di Sekolah Menengah Sultan Hassan, Bangar Temburong ialah 757 orang dan keramaian tenaga pengajarnya pula ialah 86 orang.


Turut sama dalam rombongan ini, Ketua Pengarah Pendidikan, Yang Mulia Awang Haji Abd Rahim bin Derus; Pengarah Perancangan dan Pengurusan Estet (JPPE) Kementerian Pendidikan, Awang Haji Omarali bin Haji Muhammad Jaafar dan Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan (Korporat), Jabatan Sekolah-Sekolah, Awang Haji Mohd Sharifudin Haji Mohd Salleh.

 

Turut membuat mengadakan lawatan ke Sekolah Rendah Keriam, Tutong, Kluster 5 ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh manakala Pemangku Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Dr. Haji Azman bin Ahmad mengadakan lawatan ke Sekolah Rendah Pengiran Setia Jaya Pengiran Haji Abdul Momin, Kuala Belait, Kluster 6.
Lawatan-lawatan berkenaan bertujuan bagi melihat perjalanan kemasukan para pelajar di awal tahun dan juga untuk memberikan sokongan dan meningkatkan hubungan baik antara pihak Kementerian Pendidikan dengan warga sekolah di samping memberikan motivasi dan semangat bagi para pelajar yang baru memulakan sesi persekolahan tahun 2017.


Tahun ini keramaian pelajar-pelajar di sekolah-sekolah rendah kerajaan adalah seramai 35,380 orang dan keramaian pelajar di sekolah-sekolah menengah kerajaan pula ialah seramai 34,432 orang (berdasarkan data sehingga 31 Disember 2016).

 
 

 


 

Source:
@BRUDIRECT.COM

by Ihsan Kementerian Pendidikan

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53