FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


MSPSBS Terima 315 Pelajar Tahun 7


CUCUNDA Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibbul Himmah Wal Waqar, Pengiran Wajeeh Al-Bolkiah bin Pengiran Haji Mohammad Hakimuddin antara pelajar Tahun 7 yang memulakan pengajian di MSPSBS bagi Tahun 2017. |FOTO : PELITA BRUNEI (Hernie Suliana Haji Othman)

 


 January 5th, 2017  |  09:27 AM  |   2057 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 Rabu, 4 Januari. - Seramai 315 orang pelajar telah menerima tawaran untuk belajar di MSPSBS di mana pelajar-pelajar dibahagikan kepada 13 buah kelas dan ditempatkan di Blok 'A' dan Blok 'D' yang mana penempatan ke dalam kelas-kelas ini adalah berdasarkan pilihan mata pelajaran bagi mata pelajaran pilihan (Option Subject) dan mengikuti kekosongan.

 

Waktu pembelajaran adalah mulai jam 12.45 tengah hari hingga jam 5.30 petang.

 

Misi maktab iaitu, 'To produce capable and high achieving students with potentials' manakala visinya ialah 'Successful Education Promising Future'.

 

040117 MS HSO4

UCAPAN alu-aluan disampaikan oleh Pemangku Pengetua MSPSBS, Awang Haji Ismail bin Haji Zainal.

 

Pemangku Pengetua Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (MSPSBS), Awang Haji Ismail bin Haji Zainal ketika memberikan ucapan pada Majlis Kemasukan Pelajar Tahun 7, 2017 yang berlangsung di Auditorium, maktab berkenaan menjelaskan bahawa pendidikan yang berjaya (Successful Education) bukan hanya bermaksud kepada pencapaian akademik yang cemerlang sahaja, malah ianya meliputi kepada sahsiah dan moral tinggi pelajar-pelajar yang bakal memimpin dan menerajui negara di masa hadapan.

 

Manakala menyentuh perkembangan sahsiah pelajar-pelajar dalam 'Key Focus Area' Awang Haji Ismail seterusnya menekankan mengenai disiplin pelajar, bidang kerohanian dan penglibatan pelajar-pelajar dalam aktiviti-aktiviti seperti sukan, rentas desa, kerja-kerja amal dan mengikut salah satu kelab di maktab itu.

 

''Maktab Sains juga akan sentiasa terlibat dalam acara-acara negara seperti Sambutan Hari Kebangsaan dan sebagainya. Oleh itu, pelajar-pelajar mestilah pandai membahagikan masa dan mengimbangi akademik dan CCA,'' ujarnya .

 

Dari segi kerohanian pula, tambahnya, pihaknya menyediakan tempat agar pelajar-pelajar dapat melaksanakan solat Zuhur dan Asar secara berjemaah dan menasihatkan agar para pelajar akan sedia berwudhu dari rumah sebelum datang ke sekolah dan membawa telekung bagi penuntut perempuan.

 

Menurutnya, pihak maktab juga akan mengadakan program bacaan Al-Quran bagi semua pelajar setiap hari Khamis sebelum memulakan pembelajaran dengan hasrat agar semua pelajar khatam sekurang-kurangnya sekali semasa menjadi penuntut di MSPSBS.

 

Menyentuh mengenai program pendidikan di maktab itu katanya, MSPSBS cuma menawarkan Program Pendidikan Menengah 'General' iaitu Program Ekspress selama empat tahun sahaja sebelum pelajar-pelajar menduduki peperiksaan 'O' Level, di mana pelajar-pelajar akan mengikuti program pendidikan umum, (common curriculum) selama dua tahun dalam Tahun 7 dan 8 sebelum menduduki Peperiksaan SPE pada penghujung tahun 2018.

Beliau seterusnya berkata, para pelajar akan mengikuti pembelajaran di Menengah Atas yang menjurus kepada 'O' Level dalam masa dua tahun iaitu dalam Tahun 9 dan 10 yang mana kegagalan pelajar-pelajar mencapai kriteria ini akan menyebabkan pelajar-pelajar berkenaan berpindah mengikut tadahan masing-masing.

 

040117 MS HSO1

PARA ibu bapa dan penjaga menemani anak-anak mereka bagi mendaftar masuk pada Majlis Kemasukan Pelajar Tahun 7 bagi tahun 2017 Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.

 

Awang Haji Ismail juga menegaskan, kehadiran pelajar-pelajar setiap hari ke sekolah adalah penting, agar tidak tercicir dan ketinggalan pembelajaran serta dapat mengikutnya dengan baik dan sempurna, termasuk ketepatan waktu hadir dan tidak lewat datang ke sekolah dan seterusnya menghadirkan diri di kelas-kelas tambahan jika diperlukan.

 

''Saya ingin mengingatkan di sini bahawa jika peratus kehadiran didapati kurang dari 85 peratus, ianya akan menyebabkan pelajar berkenaan ditahan kelas pada sesi akademik tahun berikutnya. Oleh itu, pihak maktab memohon kerjasama ibu bapa dan penjaga agar dapat memantau dan memastikan anak-anak mereka sentiasa hadir ke sekolah tepat pada waktunya setiap hari. Permohonan cuti semasa waktu persekolahan adalah tidak dibenarkan kecuali atas sebab-sebab yang tertentu yang dipersetujui oleh komiti maktab,'' ujarnya.

 

Beliau seterusnya memaklumkan bahawa maktab telah menubuhkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru atau lebih dikenali sebagai PIBG atau PTA (Parents Teachers Association) yang mana persatuan ini aktif dalam mengungkayahkan beberapa aktiviti untuk warga maktab.

 

Dengan itu katanya, ibu bapa dan penjaga pelajar Maktab Sains secara automatik menjadi ahli dalam persatuan ini dan dialu-alukan untuk sama-sama berkongsi pengetahuan dan pengalaman atau mengadakan aktiviti-aktiviti yang relevan, bersama dengan pelajar-pelajar maktab yang mana usaha kongsi sama yang sedemikian mudah-mudahan akan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar khasnya dan warga maktab amnya.

 

Tambahnya, pihak ibu bapa dan penjaga adalah dikehendaki untuk hadir dan bermuzakarah dengan guru-guru dan pihak maktab semasa Majlis Muzakarah atau Parents Teachers Meet (PTM), atau apabila dikehendaki untuk kebaikan pelajar-pelajar dan semua pihak.

 

''Berikanlah kerjasama dan sokongan padu kepada pihak maktab, demi kejayaan dan kecemerlangan anak abiskita. Sebarang kemusykilan atau kegusaran kita bawa duduk bersama berbincang, bermuzakarah dan menyelesaikan bersama di dalam suasana kekeluargaan, keluarga Maktab Sains,'' ujarnya lagi.

 

Terdahulu, beliau menyarankan kepada pelajar untuk rajin dan tekunlah belajar di samping mengikuti program-program dan aktiviti-aktiviti maktab, di samping tidak mengabaikan kwajipan kita terhadap ugama.

 

Beliau juga berharap agar kecemerlangan yang telah dicapai ini akan terus dapat ditingkatkan lagi, agar ianya akan sentiasa terus bersinar dan bergemerlapan untuk mempersiapkan diri pelajar-pelajar sebagai pelapis pemimpin-pemimpin, profesional-profesional dan sebagainya untuk masa hadapan.

 

Majlis itu juga diteruskan dengan taklimat pengenalan SPE Tahun 7, 2017 dan taklimat PIBG.

 

Berangkat pada majlis itu, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Taiyibah Qalbul Bolqiah binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.

 

Pengiran Wajeeh Al-Bolkiah bin Pengiran Haji Mohammad Hakimuddin yang merupakan cucunda kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, merupakan salah seorang pelajar Tahun 7 yang baharu di MSPSBS.

040117 MS HSO5

MURID Tahun 7 , Dayang Sahira Nabilah binti Md Bahrin ditemani ibunya semasa mendaftar masuk ke Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan

 

Sementara itu, Dayang Sahira Nabilah binti Md. Bahrin yang menuntut di Tahun 7 ketika ditemui oleh Pelita Brunei menyatakan hasratnya untuk terus berjaya dan meningkatkan pencapaiannya di maktab ini agar suatu hari akan dapat melanjutkan pembelajaran dalam bidang kedoktoran sains.

 

Di samping itu jelasnya, sambil belajar beliau juga ingin aktif dari segi aktiviti sosial di maktab dan sukan jasmani dan mencuba sesuatu yang baru.

 

Ketika ditanya mengenai persediaan yang dibuat sehingga mencapai kejayaan setakat ini, beliau berkata, sentiasa mengulangkaji secara konsisten setiap hari di rumah manakala di dalam kelas untuk sentiasa faham apa yang telah diajarkan.

 
 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abd Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17