Home > Bahasa Melayu
Majlis Tahlil Sempena Sambutan Hari Polis Ke-96
PESURUHJAYA Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam semasa mengepalai Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) pada Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit sempena Sambutan Hari Polis Ke-96 Tahun 2017. |PHOTO COURTESY : PELITA BRUNEI ( Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)
January 6th, 2017 | 10:03 AM | 3436 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Khamis, 5 Januari. - Sempena memperingati Sambutan Ke-96 Penubuhan Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB), Majlis Membaca Surah Yaa Siin, Bertahlil dan Doa Arwah telah diadakan di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.
Majlis tersebut adalah bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.
Hadir pada majlis tersebut ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam.
PESURUHJAYA Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam semasa mengepalai Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) pada Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit sempena Sambutan Hari Polis Ke-96 Tahun 2017.
Juga hadir, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali serta para anggota PDB.
Bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis, Sarjan Mejar Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Matahir.
Lebih 300 anggota polis terdiri daripada pengarah-pengarah, timbalan pengarah, pegawai-pegawai pemerintah, pegawai-pegawai kanan polis serta ahli-ahli pangkat rendah hadir pada majlis berkenaan.
Kemuncak acara Sambutan Hari Polis tahun ini ialah Majlis Perbarisan Hari Polis Ke-96 di samping acara-acara lain.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]