FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kemasukan 854 Pelajar Baharu Persekolahan Arab


MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman ketika meninjau secara lebih dekat sesi pembelajaran murid-murid semasa lawatan ke persekolahan Arab dan ugama di Ma'had Islam Brunei. |PHOTO COURTESY : PELITA BRUNEI (Dk. Nur Hafilah Pg. Osman)

 


 January 6th, 2017  |  10:33 AM  |   1359 views

TUTONG

 

 Khamis, 5 Januari. - Persekolahan Arab hari ini menerima seramai 854 pelajar baharu Sanah (Tahun) 5 di seluruh negara terdiri daripada 387 lelaki dan 467 perempuan.

 

Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan di Daerah Brunei dan Muara mencatatkan keramaian tertinggi dengan kemasukan seramai 390 pelajar perempuan Tahun 5 dan Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMPRIPAD) menempatkan seramai 337 pelajar lelaki.

 

FILA LAWATAN KHEU 6

 

YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa berinteraksi bersama salah seorang murid.

 

Ma'had Islam Brunei pula menerima kemasukan pelajar baharu Sanah 5 seramai 70 pelajar (28 lelaki dan 42 perempuan).

 

Manakala Sekolah Arab Belait pula menerima seramai 37 pelajar terdiri daripada 16 lelaki dan 21 perempuan.

 

Sekolah Arab Temburong juga menerima kemasukan pelajar seramai 20 orang iaitu 6 lelaki dan 14 perempuan.

 

FILA LAWATAN KHEU 2

 

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman ketika meninjau secara lebih dekat sesi pembelajaran murid-murid semasa lawatan ke persekolahan Arab dan ugama di Ma'had Islam Brunei.

 

Sehubungan itu, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman hari ini meninjau kemasukan pelajar-pelajar baharu Sanah 5 di Ma'had Islam Brunei, Daerah Tutong.

 

Kehadiran Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan rombongan adalah bagi menyuntik semangat dan motivasi kepada pelajar-pelajar baharu yang melalui peralihan persekolahan dari aliran umum ke aliran Arab.

 

Yang Berhormat turut berkesempatan berinteraksi dengan ibu bapa yang hadir bagi mendengar secara langsung harapan dan ekspektasi ibu bapa memasukkan anak-anak mereka ke persekolahan Arab serta menekankan peri pentingnya komitmen bersama dalam menjayakan kemajuan anak-anak mereka.

 

FILA LAWATAN KHEU 5

 

YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa berinteraksi bersama salah seorang murid.

 

Lawatan kerja Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, dimulai dengan lawatan ke kelas-kelas pelajar perempuan dan lelaki dan seterusnya mendengar sesi taklimat bertajuk 'Perancangan Perkembangan Sekolah bagi Tahun 2017' (School Progress Plan for 2017) yang disampaikan oleh Guru Besar Ma'had Islam Brunei, Pengiran Asmadi bin Pengiran Haji Aliuddin.

 

Turut menyertai lawatan tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof; Pengarah Pentadbiran KHEU, Awang Haji Zulkifli bin Panglima Asgar Dato Paduka Haji Abdullah dan Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Dayang Ajijah binti Haji Moktal.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16