FacebookInstagramTwitterContact

 

Study Claims Drinking A Mug Of Black Tea Provides Enough Nutrients To Prevent COVID Infection           >>           Buyers Beware: Turmeric Products Are Often Contaminated With Lead           >>           Calcium: Why You Need It, Debunking Myths About It, And The Best Plant-Based Food Sources Of This Important Mineral           >>           Rubber Duck Washes Up On Scottish Beach 18 Years After It Was Released In Ireland           >>           Sainsbury’s Finally Gets The Price Of Freddo Right — After 19 Years           >>           Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Dua Sekolah Rendah dilawat Menteri Pendidikan


MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman ketika melawat Sekolah Rendah Rimba I, Kluster 4.

 


 January 6th, 2017  |  10:38 AM  |   3083 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Khamis, 5 Januari. - Dalam usaha bagi mengikuti perjalanan kemasukan para pelajar seterusnya memberi sokongan dan meningkatkan hubungan baik antara pihak Kementerian Pendidikan dengan warga sekolah.

 

Sekali gus memberi motivasi dan semangat bagi para pelajar yang masuk memulakan sesi persekolahan Tahun 2017, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman telah mengadakan lawatan ke dua buah sekolah rendah di Daerah Brunei Muara, hari ini.

 

 

Menurut siaran akhbar Kementerian Pendidikan, ketibaan Yang Berhormat dan rombongan di Sekolah Rendah Rimba I, Kluster 4 dialu-alukan oleh Guru Besar sekolah berkenaan, Dayang Aji binti Haji Ahmad dan Ketua Kluster 4, Dayang Hajah Suriani binti Haji Noor Hashim.

 

Sekolah Rendah Rimba I mempunyai seramai 422 pelajar dan 43 tenaga pengajar.

 

050117 SR Rimba I 4

 

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman ketika melawat Sekolah Rendah Rimba I, Kluster 4.

 

Semasa berada di sekolah tersebut, rombongan berpeluang menyaksikan aktiviti-aktiviti yang dilakukan di blok pra sekolah berkenaan.

 

Rombongan kemudian melawat sesi pengajaran di dalam bilik darjah murid-murid pra sekolah dan meninjau beberapa buah bilik darjah bagi melihat perjalanan pengajaran di dalam kelas.

 

050117 SR Rimba I 2

 

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman ketika berinteraksi bersama salah seorang guru di Sekolah Rendah Rimba I, Kluster 4.

 

Ketika berada di dalam kelas berkenaan, Yang Berhormat dan rombongan juga beramah mesra dengan pelajar-pelajar.

 

Seterusnya, lawatan Yang Berhormat dan rombongan diteruskan ke Sekolah Rendah Rimba II, Kluster 4.

 

Ketibaan rombongan Yang Berhormat dialu-alukan oleh Guru Besar sekolah, Dayang Chantal Valerie Brimiah.

 

050117 2 - SR Rimba II

 

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman menyaksikan sesi pembelajaran di Sekolah Rendah Rimba II, Kluster 4.

 

Ketika berada di sekolah berkenaan, Yang Berhormat melawat ke blok pra sekolah dan diberi penerangan mengenai dengan persediaan serta implementasi pendaftaran serta penerimaan murid semasa sesi orientasi serta persediaan bagi bermula sesi persekolahan bagi pra sekolah yang akan bermula pada 9 Januari ini.

 

Rombongan Yang Berhormat seterusnya dibawa melawat ke beberapa buah bilik darjah dan bilik khas bagi menyaksikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang sedang dijalankan.

 

050117 SR Rimba II 3

 

TIMBALAN Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar berinteraksi dengan salah seorang pelajar Sekolah Rendah Rimba II, Kluster 4.

 

Siri lawatan diakhiri dengan sesi dialog dan kongsi sama berkenaan dengan 'School Development Plan 2017' yang di kongsikan oleh Guru Besar skeolah berkenaan.

 

Sekolah Rendah Rimba II, Kluster 4 mempunyai seramai 551 pelajar dan 57 tenaga pengajar.

 

050117 1- SR Rimba II

 

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman ketika menyaksikan sesi pembelajaran di Sekolah Rendah Rimba II, Kluster 4.

 

Lawatan bertujuan bagi meninjau dan melihat kemudahan-kemudahan dan prasarana yang terdapat di kedua buah sekolah yang dilawati.

 

Turut menyertai rombongan, Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh; Ketua Pengarah Pendidikan, Awang Haji Abd. Rahim bin Derus, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khamis, 5 Januari. - Dalam usaha bagi mengikuti perjalanan kemasukan para pelajar seterusnya memberi sokongan dan meningkatkan hubungan baik antara pihak Kementerian Pendidikan dengan warga sekolah. Sekali gus memberi motivasi dan semangat bagi para pelaj

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12