FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Anggota PDB Disaran Perkuatkan Iman


 


 January 7th, 2017  |  09:30 AM  |   862 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jumaat, 6 Januari. - Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana nikmat keamanan dan kemakmuran sentiasa terpelihara dan terjamin dengan tertubuhnya pasukan-pasukan keselamatan seperti Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB).

 

PDB yang telah lama ditubuhkan sememangnya banyak mengecapi pelbagai cabaran, kejayaan dan kecemerlangan dalam menyampaikan mutu perkhidmatan yang berkualiti sesuai dengan usia penubuhannya yang mencapai ke-96 tahun pada tahun ini.

 

Perkara ini dihuraikan dalam Khutbah Jumaat hari ini di Masjid Mohammad Bolkiah, Kampung Serusop, di sini.

 

Semasa menyampaikan Khutbah Jumaat, Imam Awang Haji Muslim bin Haji Abdul Razak juga menjelaskan bahawa, kerjaya sebagai seorang anggota pasukan keselamatan ini merupakan satu kerjaya yang sangat mulia di sisi ugama dan sebagai anggota polis hendaklah memperkuatkan iman kerana dengan iman yang kuat saja dapat memupuk dan membudayakan nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan dan tugasan seharian seperti bersifat jujur, amanah dan ikhlas semata-mata kerana Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Jelasnya, Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, memberi amaran kepada sesiapa yang tidak menunaikan amanah seperti mana dalam sebuah hadis Baginda dari Abu Hurairah Radiallahuan yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud, ''Apabila amanah sudah disia-siakan maka tunggulah kehancurannya.''

 

Khutbah Jumaat juga turut menegaskan bahawa, khidmat bantuan pasukan PDB kepada masyarakat hendaklah diberikan secara profesional, adil, dedikasi dan tidak memperdayakan orang lain demi kepentingan diri sendiri serta tidak menggunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya seperti melakukan rasuah, penyelewengan, penipuan dan sebagainya.

060117 KHUTBAH AM1

IMAM Awang Haji Muslim bin Haji Abdul Razak semasa menyampaikan Khutbah Jumaat  di Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop.

 

''Perlu diingat bahawa kuasa dan tanggungjawab yang diberikan adalah merupakan satu amanah yang tidak boleh disalah gunakan. Kerjasama untuk menjaga dan menanai imej dan kredibiliti pasukan polis demi maruah negara bangsa dan rakyat,'' ujarnya.

 

Khutbah Jumaat turut mengingatkan bahawa, umat Islam hendaklah sedar dalam setiap kegiatan dalam dunia ini akan dihitung di akhirat nanti sesuai Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Muddaththir, ayat 38 yang bermaksud, ''Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk) dari amal jahat yang dilakukannya.''

 

Dengan adanya pasukan polis yang amanah dan sentiasa berkerja keras secara profesional menjaga keamanan negara, maka masyarakat tidak akan ada sebarang keraguan dan mengharapkan bantuan daripada pasukan polis sebagai benteng keamanan dan kesejahteraan di negara ini.

 

Memang tidak dinafikan bahawa tugas menjaga keamanan dan kemakmuran negara merupakan tugas utama Pasukan PDB dan oleh yang demikian anggota masyarakat hendaklah tidak menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada pihak polis sahaja dan hendaklah turut membantu dalam sama-sama mengekalkan keamanan.

 

Di akhir khutbah tersebut, juga menjelaskan bahawa, agama Islam menggalakkan kita untuk hidup saling tolong-menolong dan bantu-membantu ke arah kebaikan kerana perbuatan demikian boleh menimbulkan perasaan hormat-menghormati dan kasih-mengasihi antara satu sama lain, seperti Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Ma'idah ayat 2 yang bermaksud, ''Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan kepada melakukan dosa maksiat. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.''

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53