Home > Bahasa Melayu
Brunei Setuju Bagi Pelarasan Pengeluaran Minyak Mentah
January 7th, 2017 | 09:32 AM | 955 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Jumaat, 6 Januari. - Negara Brunei Darussalam, bersama dengan 10 negara yang tidak bergabung di bawah Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Organization of the Petroleum Exporting Countries-OPEC), mengambil bahagian dalam Pengisytiharan Kerjasama OPEC / bukan OPEC yang dibuat di Vienna, Austria pada 10 Disember 2016.
Negara Brunei Darussalam telah bersetuju untuk membuat pelarasan sukarela bagi pengeluaran minyak mentah negara bermula dari 1 Januari 2017 bagi enam bulan dan dilanjutkan selama enam bulan lagi, bergantung kepada keadaan dan prospek pasaran semasa.
Negara-negara anggota OPEC telah menyelaraskan pengeluaran 1.2 juta tong sehari di bawah Perjanjian Vienna semasa mengambil bahagian negara-negara bukan OPEC telah komited bagi pelarasan pengeluaran gabungan 0.558.000 tong sehari di bawah Pengisytiharan Kerjasama OPEC / bukan OPEC.
Usaha bersepadu ini bertujuan untuk menstabilkan dan memupuk pasaran minyak global yang lebih mapan. Negara Brunei Darussalam komited untuk memastikan sasaran pengeluaran 2017 adalah selaras dan seimbang dengan sasaran negara-negara pengeluar bukan OPEC lain di bawah deklarasi bersama ini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Jabatan Tenaga dan Industri, Jabatan Perdana Menteri
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]