FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pakej Pelancongan Dalam Negara Unik


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa ditemu bual. Notes: |FOTO : PELITA BRUNEI (Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Mohd. Sahrizal Haji Said, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd.)

 


 January 8th, 2017  |  09:36 AM  |   1149 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sabtu, 7 Januari. - Pakej-pakej pelancongan yang lebih teratur dapat memberikan maklumat yang jelas kepada para pelancong mengenai tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Bandar Seri Begawan (BSB) melalui pakej yang menawarkan lawatan selama setengah hari, sehari atau pada waktu malam.

 

Selain itu, pelancong-pelancong juga dapat mengetahui bagaimana untuk menuju ke tempat-tempat yang ingin dilawati seperti Majid Sultan Omar Ali Saifuddien, Kampong Ayer dan Royal Regalia sama ada dengan menggunakan bas, berjalan kaki atau menaiki perahu.

 

 070117 AMIRUL15 PPP

 

MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong ketika ditemu bual.

 

Perkara tersebut diterangkan oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong ketika ditemu bual Pelita Brunei selepas Majlis Pelancaran Pakej Pelancongan Bandar Seri Begawan dan Kampong Ayer Warisan Negara yang diadakan di Galeri Seni, Dermaga Diraja, di ibu negara.

 

Dengan adanya pakej sebegini, beliau menambah, ia menggalakkan mereka untuk kembali bercuti di negara sendiri dan menceritakan pengalaman menarik mereka kepada keluarga atau kawan-kawan di tanah air mereka.

 

 070117 AMIRUL16 PPP

 

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof ketika ditemu bual.

 

Sementara itu, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof berasa yakin bahawa penggabungan usaha sama antara tiga kementerian bagi menghasilkan produk pakej pelancongan tersebut akan menghasilkan kejayaan dan memberi pulangan kepada pelbagai pihak berkepentingan dalam sektor pelancongan.

 

Yang Berhormat berpendapat, peranan dalam usaha pembangunan belia juga perlu dilaksanakan bagi mendedahkan mereka kepada keusahawanan atau kesukarelawanan dalam bidang pelancongan termasuk sebagai pemandu pelancong.

 

Yang Berhormat menjelaskan, adalah penting bagi para belia untuk mengenali dan memahami sejarah negara sendiri yang mana mereka akan dapat mengongsikan pengetahuan mereka kepada pengunjung atau pelancong dari dalam mahupun luar negara.

 

Dalam temu bual bersama Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, beliau memberitahu bahawa produk Satu Kampung Satu Produk (1K1P) mempunyai potensi yang besar untuk diperkembangkan di negara ini memandangkan terdapat lebih 200 produk daripada lebih 70 buah kampung.

 

Yang Berhormat juga menegaskan mengenai kepentingan dalam menyediakan platform atau tempat bagi pengusaha-pengusaha mempromosikan produk-produk.

 

"Saya difahamkan bahawa jualan pengusaha-pengusaha 1K1P sewaktu di acara-acara seperti ini akan meningkat memandangkan pelancong bukan sahaja datang untuk menyaksikan tempat yang bersejarah dan menarik tetapi juga membeli produk-produk yang boleh mereka bawa balik sebagai buah tangan," jelas Yang Berhormat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16