FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jabatan Muzium-Muzium lancar Jejak Warisan Brunei


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa merasmikan Jualan Produk MPK dan Produk Pelancongan |FOTO : PELITA BRUNEI ( Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Mohd. Sahrizal Haji Said, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)

 


 January 8th, 2017  |  09:40 AM  |   1698 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sabtu, 7 Januari. - Majlis Pelancaran Pakej Pelancongan Bandar Seri Begawan dan Kampong Ayer Warisan dihasrat akan dapat mengukuhkan lagi pakej-pakej pelancongan yang sedia ada, di samping memastikan ia menarik, selesa dan selamat bagi kunjungan para pelancong.

 

Terdahulu, majlis pelancarannya di Galeri Seni, Dermaga Diraja, di ibu negara, dimuatkan dengan pelancaran Jejak Warisan (Heritage Trail) Brunei Darussalam yang dilancarkan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

AMPUAN RIVER CRUSE 2

 

MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat antara jemputan khas  dibawa menyusuri persekitaran  Kampong Ayer dengan menaiki Kapal Persiaran MV Sentosa.

 

Jejak Warisan (Heritage Trail) Brunei Darussalam merupakan projek Jabatan Muzium-Muzium, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) bagi memelihara dan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap tapak-tapak dan bangunan-bangunan sejarah di Bandar Seri Begawan yang mana telah diwartakan di bawah Akta Purbakala dan Harta Terpendam 1967 edisi semakan 1984, 1991 dan 2002.

 

Juga dirasmikan ialah Jualan Produk Majlis Perundingan Kampung (MPK) dan Produk Pelancongan yang dirasmikan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

 

Pameran dan penjualan tersebut melibatkan penyertaan dari MPK di Daerah Brunei dan Muara, ejen-ejen pelancongan dan pengusaha-pengusaha pelancongan dengan memberikan tumpuan utama kepada penjualan pakej-pakej pelancongan Bandar Seri Begawan dan Kampong Ayer yang dibukakan kepada orang ramai selama dua hari bermula hari Sabtu ini mulai jam 4.30 petang sehingga 8.30 malam dan hari Ahad, 8 Januari bermula jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang.

 

070117 AMIRUL2 PPP

 

MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Ali bin Apong semasa meyaksikan pameran produk pelancongan.

 

Aktiviti menyusuri Sungai Brunei dengan menaiki kapal persiaran MV Sentosa yang disertai oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, ahli-ahli Lembaga Pelancongan Brunei Darussalam dan jemputan-jemputan khas yang lain meneruskan acara pada petang itu.

 

Kapal persiaran MV Sentosa adalah merupakan kapal persiaran yang menawarkan perkhidmatan menyusuri Sungai Brunei bagi menyaksikan pemandangan persekitaran Kampong Ayer.

 

Ke arah memeriahkan lagi pelancaran tersebut, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) melalui Jabatan Bandaran dan Jabatan Daerah Brunei dan Muara telah mengadakan beberapa aktiviti sampingan bermula hari ini sehingga esok.

 

AMPUAN RIVER CRUSE 5

 

MADU Kelulut antara produk yang begitu popular di negara ini juga tidak ketinggalan dijual oleh MPK Jerudong.

 

Antara aktiviti-aktiviti termasuklah gerai-gerai jualan, permainan-permainan kanak-kanak dan pertunjukan yang diadakan di Dermaga Diraja selain Pertandingan Lumba Perahu Tradisi anjuran MPK Kota Batu, Pintu Malim, Sungai Lampai, Mukim Kota Ba

 

Sukan ria juga akan diadakan bertempat di Padang Taman Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien di ibu negara.

 

Kesemua acara-acara tersebut adalah sebagai sampingan kepada program Bandarku Ceria yang diadakan pada setiap hari Ahad.

 
 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16