FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lapan Pakej Pelancongan Ditawarkan


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa merasmikan Pakej Pelancongan BSB dan Kampong Ayer Warisan Negara |FOTO : PELITA BRUNEI (MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa merasmikan Pakej Pelancongan BSB dan Kampong Ayer Warisan Negara)

 


 January 8th, 2017  |  09:41 AM  |   1078 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sabtu, 7 Januari. - Ke arah menaikkan taraf ekonomi pelancongan di negara ini, sebanyak lapan pakej pelancongan diperkenalkan merangkumi 'Full Day City and Water Village Tour, Half Day City Tour, Kampong Ayer, Sunset River Safari, Night City Tour, Heritage Drive, Bandar Seri Begawan Walking Tour dan Proboscis Monkey Tour'.

 

Pakej tersebut merupakan kesinambungan kepada Pakej Percutian Temburong yang telah pun dilancarkan pada 1 September 2016 lalu oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan dalam usahanya mengukuhkan lagi produk utama pelancongan di negara ini.

 

070117 PPP RIZAL9

 

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa melawat pameran BSB dan Kampong Ayer Warisan.

 

Majlis Pelancaran Pakej Pelancongan Bandar Seri Begawan dan Kampong Ayer Warisan Negara disempurnakan bersama oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof di Galeri Seni, Dermaga Diraja, di ibu negara.

 

Pelancaran pakej berkenaan bagi mengetengahkan produk-produk pelancongan yang sedia ada di Kampong Ayer dan Bandar Seri Begawan, di samping untuk meningkatkan lagi usaha ejen-ejen pelancongan agar lebih aktif memasarkan produk-produk pelancongan sama ada dalam negara dan juga antarabangsa.

 

070117 PPP RIZAL7

 

MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong  semasa meyempurnakan tandatangan plak.

 

Selain itu, ia juga untuk menggalakkan ejen pelancongan untuk menawarkan 'indicative price' yang berpatutan dan menggalakkan penduduk tempatan untuk melancong di dalam negara terutama semasa musim cuti persekolahan.

 

Tetamu kehormat juga menyaksikan pameran Bandar Seri Begawan : Bandar Raya Kebudayaan ASEAN yang telah diisytiharkan sebagai Bandaraya Kebudayaan ASEAN (ASEAN City of Culture) pada 24 Ogos 2016 sehingga April 2018 nanti.

 

Seterusnya majlis diikuti dengan penandatanganan plak Pusat Maklumat Pelancong yang disempurnakan oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

 

Pusat maklumat pelancong tersebut bertujuan untuk memudahkan lagi para pelancong yang berkunjung ke negara ini untuk mendapatkan maklumat mengenai tempat-tempat yang menarik dan kemudahan-kemudahan pelancongan di negara ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17