FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bandarku Ceria Diisikan Dengan Pelbagai Aktiviti


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa menyaksikan aktiviti melukis mural sempena Bandarku Ceria. |FOTO : PELITA BRUNEI (Pengiran Amirulnizam Pengiran Haji Mohd. Ali)

 


 January 9th, 2017  |  10:39 AM  |   1891 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahad, 8 Januari. - Program Bandarku Ceria yang diadakan setiap minggu bertujuan untuk menghidupkan suasana Bandar Seri Begawan dan menjadikannya sebagai sebuah bandar yang dinamik dan unggul.

 

Bandar Seri Begawan merupakan sebuah bandar dalam taman (garden city) dan mempunyai alam sekitar yang bersih, cantik dan bebas daripada pencemaran.

 

080117 AMIRUL BDR CERIA 5

 

SEPASANG suami isteri, Awang Haji Abdullah bin Haji Ahmad dan Dayang Hajah Salmah binti Haji Ahmad menyatakan aktiviti yang ada di Bandarku Ceria mengeratkan hubungan keluarga.

 

Oleh itu, bagi mencapai visi program tersebut, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui beberapa kementerian dan agensi-agensi serta pihak yang berkenaan telah mengambil inisiatif hari tanpa kereta pada setiap hari Ahad.

 

Menyertai Bandarku Ceria dalam minggu kedua tahun baharu di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

 

080117 AMIRUL BDR CERIA 10

 

RIANG gembira kanak-kanak asyik bermain buih sabun sempena Bandarku Ceria yang berlangsung di ibu negara.

 

Program itu terus mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak terutama para penjaja yang mencari pendapatan serta orang ramai yang ingin mengisi masa lapang mereka dengan melakukan aktiviti riadah hujung minggu lebih-lebih lagi bersama keluarga.

 

Pada hujung minggu kali ini Bandarku Ceria diisikan dengan aktiviti melukis 'mural' yang dianjurkan oleh Jabatan Perkembangan Kurikulum, Sukan Ria yang dikendalikan oleh Jabatan Daerah Brunei dan Muara dan sebagainya.

 

080117 AMIRUL BDR CERIA 11

 

SEPASANG suami isteri, Awang Haji Abdullah bin Haji Ahmad dan Dayang Hajah Salmah binti Haji Ahmad menyatakan aktiviti yang ada di Bandarku Ceria mengeratkan hubungan keluarga.

 

Sepasang suami isteri, Awang Haji Abdullah bin Haji Ahmad dan Dayang Hajah Salmah binti Haji Ahmad ketika ditemui Pelita Brunei menyatakan, Bandarku Ceria bukan sahaja memberi mereka peluang untuk melakukan aktiviti riadah tetapi mengeratkan hubungan kekeluargaan.

 

080117 AMIRUL BDR CERIA 6

 

ANTARA aktiviti mencari barang di dalam tepung memeriahkan lagi Bandarku Ceria di Taman SOAS.

 

Jelasnya, aktiviti seumpama ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang dan beliau juga menyeru orang ramai khusus warga emas, golongan belia, remaja dan kanak-kanak untuk sama-sama memeriahkan lagi Bandarku Ceria.

 

080117 AMIRUL BDR CERIA 7

ANTARA aktiviti makan roti bergantung sehingga habis memeriahkan lagi Bandarku Ceria.

 

Dengan adanya program Bandarku Ceria, Bandar Seri Begawan akan terus dihidupkan dengan suasana hujung minggu yang mana masyarakat di negara ini boleh berkumpul dan meluangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17