FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Go For Gold Juara Brunei Classic Ride 2017


MENTERI Perhubungan yang juga selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bergambar kenangan bersama para pemenang Brunei Classic Ride 2017 bagi Kategori Veteran. |FOTO : PELITA BRUNEI (Azmah Haji Ahad)

 


 January 9th, 2017  |  10:47 AM  |   1587 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 Ahad, 8 Januari. - Pasukan Go For Gold dari Republik Filipina menjuarai Brunei Classic Ride 2017 bagi Kategori Team Classification yang bermula di Jalan Maulana, Kuala Belait dan berakhir di hadapan Bangunan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), ibu negara.

 

Naib juara disandang oleh Pasukan G530 Racing Team dari Malaysia dan tempat ketiga, pasukan Bro's Cycling Project dari Negara Brunei Darussalam.

 

080117 AZMAH BASIKAL CLASIC 1

 

MENTERI Perhubungan yang juga selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat hadir selaku tetamu kehormat majlis yang berlangsung di kawasan lapang Bangunan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah ialah Menteri Perhubungan yang juga selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat berlangsung di kawasan lapang Bangunan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di sini.

 

Sementara itu, George Luis Oconer dari Republik Filipina menjuarai Kategori Elite (19 hingga 39 tahun), tempat kedua ialah Nik Azwan Zulkifle dari Malaysia diikuti tempat ketiga ialah Razif bin Salleh dari Malaysia.

 

Bagi Kategori Novice (17 hingga 39 tahun) dijuarai oleh Ahmad Jawaahir Haji Johor, tempat kedua ialah Muhammad I'maadi Abd Aziz dan tempat ketiga ialah Ahmad Rifa'ie Haji Johor yang mana ketiga-tiga pemenang dari Negara Brunei Darussalam.

 

Juara bagi Kategori Master (40 tahun ke atas) ialah Zulkifle bin Ramli dari Indonesia, tempat kedua ialah Norhasmat Abdul Aziz dari Malaysia dan tempat ketiga ialah Muhammad Hafiz Wong bin Abdullah dari Malaysia.

080117 AZMAH BASIKAL CLASIC 4

MENTERI Perhubungan yang juga selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat menyampaikan hadiah kepada juara bagi Kategori Master (40 tahun ke atas), Zulkifle bin Ramli dari Indonesia.

 

Manakala Kategori Veteran (50 tahun ke atas) dijuarai oleh Nor Effandy Rosli, tempat kedua ialah Muhammad Rafi Raviandran dan ketiga ialah Tsen Yu Sang yang mana ketiga-tiga pemenang dari Malaysia.

 

Nurul Alissa binti Mohamad Azman menjuarai Kategori Wanita Terbuka (16 tahun ke atas), tempat kedua ialah Nur Aisyah binti Mohamad Zubir dan tempat ketiga ialah Nurul Suhada binti Zainal yang mana ketiga-tiga pemenang juga dari Malaysia.

 

Sementara itu, Awang Ahmad Jawaahir bin Haji Johor semasa ditemu bual menjelaskan, beliau bersyukur dan bangga atas kemenangan yang diperolehi serta ia sangat tidak diduga kerana hampir tiga tahun berehat dari berbasikal.

 

Beliau seterusnya berharap akan cuba terus ikut serta mana-mana lumba basikal yang dianjurkan sama ada dalam atau luar negara dan berterima kasih atas sokongan dan dorongan keluarga dan pasukannya, Bro's Cycling Project.

080117 AZMAH BASIKAL CLASIC 2

MENTERI Perhubungan yang juga selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa menyampaikan hadiah kepada Nurul Alissa binti Mohamad Azman, johan bagi Kategori Wanita Terbuka.

 

Juga hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin; Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haji Zafri bin Haji Mohamed dan Naib Yang Dipertua Persekutuan Basikal Brunei Darussalam, Awang Mat Yassin bin Haji Abdullah.

 

Perlumbaan Brunei Classic Ride 2017 melalui tiga daerah iaitu Belait, Tutong dan Brunei Muara merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan, KKBS dengan kerjasama Persekutuan Lumba Basikal Kebangsaan dan dikendalikan oleh Tum2Cycle Event Management.

 

Antara lain tujuan perlumbaan itu diadakan adalah bagi menghidupkan kembali aktiviti berbasikal yang pernah dianjurkan pada tahun 1960-an dan 1970-an, di samping memupuk gaya hidup sihat dan membudayakan aktiviti berbasikal kepada masyarakat.

 
 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abd Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17