FacebookInstagramTwitterContact

 

Ellen Degeneres Says She Was "Kicked Out Of Show Business" For Being "Mean"           >>           STUDY: Eating A Junk Food-Filled Diet During Adolescence Could Lead To Long-Term Memory Impairment In Adulthood           >>           Dynamic Duo: Why TURMERIC And BLACK PEPPER Are A Powerful Combination           >>           Prepper Medicine: 7 Natural Pain-Relieving Plants           >>           Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Program Sua Muka dihasrat Tingkatkan Hubungan Kerajaan dan Rakyat


PEMANGKU Pengarah Penerangan menyampaikan buku-buku terbitan Jabatan Penerangan kepada Pemangku Penghulu Mukim Belait dan Ketua Kampung Pandan 'B'.

 


 January 11th, 2017  |  10:07 AM  |   958 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Selasa, 10 Januari. - Selaras dengan peranan sebagai jentera kerajaan dalam memeduli kebajikan rakyat dan penduduk di negara ini, Jabatan Penerangan telah mengungkayahkan Program Sua Muka yang merupakan salah satu program di bawah strategi kerja jabatan, iaitu Komunikasi Bersemuka, yang dihasrat untuk meningkatkan hubungan dua hala antara pihak kerajaan dan rakyat.

 

Program itu merupakan platform untuk menyampaikan dasar dan maksud kerajaan demi memelihara perpaduan dalam kehidupan bermasyarakat, ke arah cintakan agama, bangsa, raja dan negara.

 

Ia juga untuk mendapatkan isu-isu dan pendapat, cadangan yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh pihak-pihak yang berkenaan dalam kerajaan.

100117 NORASISAH PC 1

PEMANGKU Penghulu Mukim Belait yang juga Ketua Kampung Pandan 'B', Awang Haji Abd. Malik bin Abu Bakar ketika ditemu bual.

 

Sehubungan itu, program tersebut telah diadakan di kediaman Pemangku Penghulu Mukim Belait dan Ketua Kampung Pandan 'B', Awang Haji Abd. Malik bin Abu Bakar, di sini.

 

Kunjungan itu merupakan salah satu aktiviti berterusan Jabatan Penerangan melalui Unit Hubungan Masyarakat, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan dalam usaha untuk terus menjalin kolaborasi yang lebih erat dalam hal ehwal kemasyarakatan.

 

Rombongan Jabatan Penerangan telah dialu-alukan oleh Pemangku Penghulu Mukim Belait dan Majlis Perundingan Mukim (MPM) serta Majlis Perundingan Kampung (MPK) Mukim Belait dan Kampung Pandan 'B', sementara rombongan Jabatan Penerangan diketuai oleh Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar dan disertai oleh pegawai dan kakitangan dari beberapa bahagian dan unit yang berkenaan.

 

Melalui program berkenaan, jabatan telah memperkenalkan dan membarigakan penggunaan versi digital Pelita Brunei, iaitu e-Paper Pelita Brunei dan Pelita Brunei online termasuk tatacara untuk memuat turun e-Paper Pelita Brunei.

100117 BHG PERHUBUNGAN AWAM 1

PEGAWAI dari Jabatan Penerangan semasa memperkenalkan dan membarigakan penggunaan versi digital Pelita Brunei, iaitu e-Paper Pelita Brunei dan Pelita Brunei Online termasuk tatacara untuk memuat turun e-Paper Pelita Brunei.

 

Penggunaan bendera, banner dan bahan-bahan yang mempunyai kepentingan nasional serta bahan-bahan bacaan mengenai Wawasan Brunei 2035 dan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah 2013.

 

Ketika ditemu bual Pelita Brunei, Penghulu Mukim Belait dan Ketua Kampung Pandan 'B', Awang Haji Abd. Malik berkata, beliau berpuas hati dengan kunjungan serta sangat-sangat menyambut baik tujuan yang membawa misi serta visi Jabatan Penerangan yang mengungkayahkan program menjurus kepada pemedulian baik pemantauan terhadap masyarakat dan menyarankan agar usaha-usaha seumpama itu supaya diteruskan agar misi dan visi kekal mantap.

 

Program itu penting dilaksanakan secara berterusan, dengan berdudun menyusur mukim dan kampung, para pegawai jabatan tersebut dapat berdialog dengan pemimpin akar umbi dan penduduk mukim dan kampung.

 

Melalui program seumpama itu juga akan dapat memberikan peluang kepada para penduduk kampung menyuarakan masalah dan pendapat, di samping menerima maklumat terkini mengenai kerajaan.

 

Antara yang dikongsikan pada kunjungan itu adalah cadangan-cadangan yang berkaitan dengan penambahbaikan dan pemeliharaan prasarana, kecemasan, pelancongan, alam sekitar dan kebajikan dalam sama-sama membantu penduduk kampung untuk mengetahui, memahami dan menghayati maklumat-maklumat penting lebih terperinci seperti Wawasan Brunei 2035, Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah 2013, keusahawanan dan sebagainya, satu program, iaitu Program Masyarakat Maklumat juga dikongsikan kepada ahli MPM dan MPK sebagai landasan Jabatan Penerangan untuk menyampaikan maklumat rasmi mengenai dasar dan maksud kerajaan agar semua anggota masyarakat memahami, menyokong dan menghayatinya secara berkesan, bukan sahaja melalui penyampaian taklimat, sesi dialog dan malah juga melalui lawatan-lawatan mengikut kesesuaian.

100117 BHG PERHUBUNGAN AWAM 2

PEMANGKU Pengarah Penerangan bersama Pemangku Penghulu Mukim Belait dan Ketua Kampung Pandan 'B' serta pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan dan MPK Kampung dalam sesi bergambar ramai sejurus selepas Program Sua Muka.

 

Program yang menjurus ke arah mendekati orang ramai secarabersua muka masih relevan di zaman yang serba canggih ini kerana ia lebih bersifat personal dan interaksi akan lebih berkesan serta dapat memberikan jalinan muhibah yang baik.

 

Dengan adanya hubungan baik yang terjalin antara warga Perkhidmatan Awam dan masyarakat akan dapatmewujudkan kemakmuran dan keharmonian masyarakat dan negara. Ini sangat penting dalam memelihara perpaduan dalam hidupan bermasyarakat.

 

Jabatan Penerangan juga mempunyai laman media sosial dan orang ramai serta penduduk negara ini boleh mengikuti Facebook Jabatan Penerangan : Jabatan Penerangan Jabatan Perdana Menteri, akaun Twitter : @infodept_bn dan akaun Instagram : @infodept.bn.

 
 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Noraisah Muhammed

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54