FacebookInstagramTwitterContact

 

BORNEO HOUSING AGENCY: Shop House in Seria Town • Industrial Warehouse in Menglait, Gadong for Rent • Shop house in Gadong (Ground Floor) for Rent • Industrial Shops in Bunut for Sale • Land in Jerudong for Sale • • Shop house in Kiarong for Sale (B$380.00) • TEL: +6738732975           >>           Private Company Urgently Need Houses & Flats for Rent in Bandar Seri Begawan, Kindly Contact the ff. nos. for further information: +673 222 0178/+673 873 2975           >>           All 8 extreme childhood food allergies are also common ingredients in CDC-recommended vaccines… coincidence?           >>           Dancing With the Stars' Debbie Gibson Gets Emotional in First Big Performance Since Lyme Disease Diagnosis           >>           Woman reveals secret to living to 111 is a shot of whisky a night           >>           Wall Street's Bond Gurus Have the Fed's Balance-Sheet Unwind All Wrong           >>           Toys ‘R’ Us Plans Bankruptcy Filing Amid Debt Struggle           >>           The Bitcoin Rally Is Back           >>           Wages Rising Just A$3 a Year Leaves Aussies Snared In Debt Trap           >>           News that hostaged Marawi priest is finally free welcomed           >>           Rakhine Committee to Visit Maungdaw           >>           Man apprehended for murder of Japanese couple in Bali           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events


SENTRAL CUP BASKETBALL CHALLENGE
September 17th, 2017 | 14:00 PM


Jublie Emas Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
October 5th, 2017 | 08:00 AM


Brunei Salebration
November 23rd, 2017 | 09:00 AM


School Camping Holiday
December 1st, 2017 | 00:00 AM


Creative Arts Festival
December 1st, 2017 | 00:00 AM





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:43AM

Subuh

: 04:53AM

Syuruk

: 06:11AM

Doha

: 06:33AM

Zohor

: 12:16PM

Asar

: 03:20PM

Maghrib

: 06:19PM

Isyak

: 07:29PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tinjau Perkembangan SPAT, Masjid Kampung Batu Apoi


MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman sempat meninjau perkembangan Masjid Kampung Batu Apoi, Temburong. |FOTO : PELITA BRUNEI (Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain)

 


 January 11th, 2017  |  10:17 AM  |   538 views

TEMBURONG

 

Selasa, 10 Januari. - Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman meneruskan siri lawatannya ke Daerah Temburong bagi meninjau Sekolah Persediaan Arab Temburong (SPAT) dan Masjid Kampung Batu Apoi, di sini.

 

Turut menyertai lawatan tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof serta pegawai-pegawai kanan KHEU.

 

Menteri Hal Ehwal Ugama dan rombongan mula-mula singgah ke SPAT, yang antara lain bertujuan bagi meninjau perkembangan persekolahan Arab di Daerah Temburong. Ketibaan Menteri Hal Ehwal Ugama dan rombongan dialu-alukan oleh Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Dayang Ajijah binti Haji Moktal dan Guru Besar SPAT, Awang Morsidi bin Haji Tuah serta guru-guru dan kakitangan sekolah berkenaan.

 

100117 PB Rah SPAT 3

 

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji  Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji  Othman berkesempatan meninjau pembelajaran dalam salah sebuah kelas Sekolah Persediaan Arab Temburong.

 

Semasa lawatan, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama berkesempatan membuat tinjauan ke bilik-bilik darjah sambil beramah mesra dengan murid-murid, diikuti dengan sesi taklimat di Bilik Mesyuarat sekolah disampaikan oleh Guru Besar SPAT. Sekolah ini yang mula dibuka pada tahun 1997 mempunyai seramai 18 guru dan 97 pelajar yang menuntut di Tahun 5 hingga Tahun 8 dalam sesi pagi dan petang, serta menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa perantara. SPAT telah mencapai beberapa kecemerlangan yang membanggakan, antaranya dari segi kurikulum di mana sekolah ini telah berjaya mencapai 100 peratus lulus dalam Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR), dengan 97 peratus mencapai dalam pangkat 'A' - 'C'.

 

Manakala dalam aspek kokurikulum, SPAT juga telah banyak mencapai kejayaan, antaranya menjadi johan tiga tahun berturut-turut dalam Peraduan Masrahiah Arabiah Peringkat Negara, johan dan naib johan Peraduan Musabaqah Al-Quran dan tempat ketiga dalam Peraduan Pidato Dalam Bahasa Arab. Antara program menarik yang diperkenalkan oleh sekolah ini dalam mengukuhkan lagi penguasaan dan penuturan bahasa Arab dalam kalangan pelajarnya ialah dengan menganjurkan Program Al-Arabiah Bayna Shafahatayn (Pengucapan Bahasa Arab di bibir mulut) iaitu pelajar mengenali 90 patah perkataan Arab baharu dalam tempoh 30 hari.

 

100117 PB Rah SPAT 2

 

YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama sempat  berinteraksi bersama beberapa orang pelajar SPAT.

 

Lawatan kerja Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama berakhir di Masjid Kampung Batu Apoi dengan dialu-alukan oleh Pengarah Hal Ehwal Masjid dan Imam Masjid berkenaan, Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd. Salleh dan Awang Shamsuddin bin Haji Azahari. Terletak kira-kira 6 kilometer dari Pekan Bangar, Masjid Kampung Batu Apoi dibina pada 28 Disember 1986 Masihi di atas sebidang tanah berkeluasan 1.965 ekar dan telah dibuka rasmi pada 10 Muharam 1408 Hijrah bersamaan dengan 4 September 1987M. Masjid ini boleh menampung kira-kira 200 jemaah dan di antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah Dewan Serbaguna, Dewan Makan dan Bilik Perpustakaan.

 

Semasa ditemui, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menjelaskan, dengan pertambahan jemaah yang kian meningkat ketika ini, KHEU sedang berusaha memikirkan solusi terbaik untuk menampung pertambahan ini di mana jemaah yang menggunakan masjid ini bukan sahaja terdiri daripada penduduk di kawasan setempat, malah turut digunakan oleh peserta-peserta dari Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) dari kem latihan berdekatan.

 

''Pembesaran Masjid Kampung Batu Apoi memang sudah termasuk di dalam perancangan KHEU dan hanya menantikan beberapa ketetapan tertentu sahaja lagi. Keperluan bagi pembesaran atau pengubahsuaian masjid adalah sebagai memberikan respons terbaik kepada keperluan pengguna masjid, di mana ketika ini bahagian dalam masjid hanya mampu menampung seramai 200 jemaah dari kalangan penduduk setempat, namun jumlah ini akan bertambah pada hari-hari tertentu seperti ketika Solat Fardu Jumaat dan bahagian ruang dalam masjid akan penuh dan para jemaah terpaksa menggunakan kawasan luar masjid untuk bersolat termasuk penyediaan khemah oleh pihak masjid,'' ujar Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat menambah, masjid ini turut digunakan oleh para pelatih PKBN berdekatan dengan keramaian lebih kurang 300 orang secara berterusan dan dalam masa panjang memang memerlukan masjid yang bersesuaian yang mampu menampung kapasiti jemaah yang lebih besar.

100117 PB Rah MASJID 3

PENYEDIAAN khemah juga disediakan di luar perkarangan Masjid Kampung Batu Apoi bagi  menampung peningkatan jumlah jemaah masjid terutama menunaikan Solat Fardu Jumaat.

''Menyentuh mengenai Sekolah Persediaan Arab, lawatan hari ini adalah bagi menyampaikan lagi satu agenda kementerian, iaitu bagi memperkasakan bahasa Arab. Alhamdulillah, nampaknya SPAT sudah berada di hadapan sedikit mungkin kerana faktor keramaian pelajar yang tidak ramai, maka sekolah ini dapat mengaturkan pelaksanaan program memperkasakan bahasa Arab ini bagi para pelajarnya dan ia akan ditingkatkan lagi pada tahun ini dengan keutamaan untuk menimbulkan suatu persekitaran berbahasa Arab. Apabila dilihat daripada program-program yang sudah dibuat di keempat-empat daerah didapati semua sekolah-sekolah Arab telah merangkakan bagaimana persekitaran berbahasa Arab itu boleh wujud dengan ketaranya di sekolah Arab sendiri dan insyaaAllah akan kita pantau pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya. Selain itu, kita juga akan memantau bagaimana kesannya agar sekolah Arab itu benar-benar menjadi sekolah yang menyediakan pelajaran yang baik untuk pelajar-pelajar menguasai bahasa Arab, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baik, insyaaAllah,'' jelas Menteri Hal Ehwal Ugama.

 
 

 


 

Source:
@BRUDIRECT.COM

by Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


‘Rumours of Lajim Ukin rejoining Umno not true’

 2017-09-19 09:04:21

Students sent home from Indonesian Islamic school linked to child fighters

 2017-09-18 10:49:57

Wall Street's Bond Gurus Have the Fed's Balance-Sheet Unwind All Wrong

 2017-09-19 09:57:08