Home > Bahasa Melayu
Timbalan Menteri Pertahanan Terima Kunjungan Hormat
TIMBALAN Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit bersama War Wing Commander dari Command and Staff College, Kementerian Pertahanan Arab Saudi, Mejar Jeneral (Juruterbang) Abdullah bin Saleh Al-Shehri.
January 12th, 2017 | 10:13 AM | 1557 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Rabu, 11 Januari. - Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit hari ini menerima kunjungan hormat daripada War Wing Commander dari Command and Staff College, Kementerian Pertahanan Arab Saudi, Mejar Jeneral (Juruterbang) Abdullah bin Saleh Al-Shehri.
Menurut Siaran Akhbar Kementerian Pertahanan, pada kunjungan hormat tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan menyambut baik lawatan Mejar Jeneral (Juruterbang) Abdullah ke Negara Brunei Darussalam dan kedua belah pihak menyuarakan rasa puas hati ke atas hubungan baik di antara kedua negara. Kedua-dua pihak juga berharap untuk terus meneroka kerjasama yang boleh diperkembangkan termasuk dalam bidang latihan dan kursus ke arah meningkatkan hubungan pertahanan secara keseluruhannya.
TIMBALAN Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit semasa menerima kunjungan hormat daripada War Wing Commander dari Command and Staff College, Kementerian Pertahanan Arab Saudi, Mejar Jeneral (Juruterbang) Abdullah bin Saleh Al-Shehri.
Mejar Jeneral (Juruterbang) Abdullah bin Saleh Al-Shehri mengetuai delegasi seramai 21 pegawai kanan terdiri daripada pelatih-pelatih dan peserta-peserta Command and Staff College, Kementerian Pertahanan Arab Saudi.
Rombongan berada di negara ini dari 6 hingga 13 Januari ini bagi lawatan sambil belajar.
Pada tahun 2016, Timbalan Menteri Pertahanan telah membuat dua lawatan ke Kerajaan Arab Saudi, yang pertama bagi lawatan kerja pada 26 hingga 29 Januari dan yang kedua bagi menyaksikan latihan tentera Exercise North Thunder pada 10 Mac yang lalu.
Pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pertahanan, Kerajaan Arab Saudi yang terkini melawat Negara Brunei Darussalam ialah Mejar Jeneral Staff Pilot Hussein bin Mohammed Alassaf dan Brigedier Jeneral Mashari Saad Al-Ghunaim iaitu pada bulan April 2016.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Kementerian Pertahanan
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]