Home > Bahasa Melayu
Brunei - Arab Saudi terus Kembangkan Hubungan Kerjasama Pertahanan
PEMERINTAH ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah bersama War Wing Commander dari Command and Staff College, Kementerian Pertahanan Arab Saudi, Mejar Jeneral (Juruterbang) Abdullah bin Saleh Al-Shehri.
January 12th, 2017 | 10:16 AM | 1304 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Rabu, 11 Januari. - Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah hari ini menerima kunjungan hormat dari War Wing Commander dari Command and Staff College, Kementerian Pertahanan Arab Saudi, Mejar Jeneral (Juruterbang) Abdullah bin Saleh Al-Shehri.
Menurut Siaran Akhbar Kementerian Pertahanan, semasa kunjungan hormat tersebut, Pemerintah ABDB mengalu-alukan Mejar Jeneral (Juruterbang) Abdullah bin Saleh Al-Shehri untuk lawatan sulung yang dibuat oleh Command Staff College, Kerajaan Arab Saudi ke Brunei Darussalam.
PEMERINTAH ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah ketika menerima kunjungan hormat dari War Wing Commander dari Command and Staff College, Kementerian Pertahanan Arab Saudi, Mejar Jeneral (Juruterbang) Abdullah bin Saleh Al-Shehri.
Ketika mengadakan perbincangan, isu-isu kepentingan bersama turut dibincangkan dan kedua-dua belah pihak akan terus mengembangkan hubungan kerjasama dalam bidang pertahanan di antara kedua-dua buah negara.
Mejar Jeneral (Juruterbang) Abdullah bin Saleh Al-Shehri mengetuai delegasi seramai 21 pegawai kanan terdiri daripada pelatih-pelatih dan peserta-peserta Command and Staff College, Kementerian Pertahanan Arab Saudi.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Kementerian Pertahanan
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]