FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkenan Berangkat ke Majlis Perhimpunan Khas Wanita


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat hadiri Majlis Perhimpunan Khas Wanita Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam 1438H. |FOTO : PELITA BRUNEI (Mohamad Azmi Awang Damit, Hernie Suliana Haji Othman, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman)

 


 January 12th, 2017  |  10:24 AM  |   1579 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 11 Januari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Majlis Perhimpunan Khas Wanita sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara Bagi Tahun 1438 Hijrah.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dijunjung oleh Pengarah Pusat Da'wah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dayang Hajah Siti Azizah binti Haji Musa, selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Majlis Perhimpunan Khas Wanita Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara Tahun 1438H serta ahli-ahli jawatankuasa kerja yang lain dari KHEU, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan (KHELNP) dan Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWBD).

 

110117 MAULUD WANITA DKFILA-RI-16

 

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam dan kerabat diraja yang lain berkenan berangkat menyaksikan Pameran dan Jualan Produk Halal Pengusaha-Pengusaha Tempatan.

 

110117 MAULUD WANITA HSO 21

 

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat menyaksikan Pameran dan Jualan Produk Halal Pengusaha-Pengusaha Tempatan.

 

Berangkat sama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman, Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah binti Dato Haji Nasir, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Johan Qariah Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan Peringkat Akhir Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi, Dayangku Ummi Syazana binti Pengiran Haji Marjuki, manakala tafsiran ayatnya dibacakan oleh, Dayang Rasidah binti Haji Apong dari PDI.

 

110117 MAULUD WANITA AD-15

 

BERANGKAT sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.

 

Ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan ialah ayat 261 hingga 265 dari surah Al-Baqarah yang mana Allah Subhanahu Wata'ala memberi perumpamaan ganjaran orang yang bersedekah kerana mencari keredaan Allah, serta memberi amaran bahawa perbuatan tidak baik akan membatalkan pahala sedekah.

 

Dalam sembah alu-aluan Pengerusi Bersama Majlis Perhimpunan Khas Wanita Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Pengarah PDI, KHEU, Dayang Hajah Siti Azizah antara lain menyentuh mengenai tema sambutan Maulud kali, ini iaitu 'Berwawasan yang Berkat dengan Bercontohkan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam'.

 

110117 MAULUD WANITA AD-11

 

BERANGKAT sama ialah Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah.

 

Beliau menjelaskan, tema sambutan kali ini bertepatan dengan firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Ahzab, ayat 21, tafsirnya : "Demi sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada contoh yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredaan) Allah dan (kebahagiaan) hari Akhirat serta banyak berzikir mengingat Allah."

 

Dayang Hajah Siti Azizah juga menyembahkan menjunjung kasih yang setinggi-tingginya di atas keberangkatan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri bercemar duli ke majlis tersebut.

 

Majlis diteruskan dengan Ceramah Khas bertajuk 'Berwawasan yang Berkat dengan Bercontohkan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam' yang disampaikan oleh penceramah dari PDI, Dayangku Norhayati binti Pengiran Haji Kasharan.

 

110117 MAULUD WANITA DKFILA-RI-2

 

BACAAN ayat-ayat suci Al-Quran oleh Johan Qariah Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan Peringkat Akhir Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi, Dayangku Ummi Syazana binti Pengiran Haji Marjuki, manakala tafsiran ayatnya dibacakan oleh, Dayang Rasidah binti Haji Apong dari PDI.

 

Seterusnya majlis menyaksikan Persembahan Kesimpulan Makna Ayat secara Berdialog oleh penuntut-penuntut Sekolah Menengah Arab Katok yang menghuraikan makna ayat 261 hingga 265 dari Surah Al-Baqarah melalui dialog dan lakonan situasi kehidupan kontemporari.

 

Majlis turut diserikan dengan persembahan Dikir Marhaban dibawakan oleh gabungan pegawai dan kakitangan perempuan KHEU, KHELNP dan ahli-ahli MWBD.

 

Doa Selamat dibacakan oleh Datin Dayang Hajah Maznah binti Haji Muhammad.

 

Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri seterusnya berkenan berangkat menyaksikan Pameran dan Jualan Produk Halal Pengusaha-Pengusaha Tempatan.

 

110117 MAULUD WANITA AD-21

 

CERAMAH Khas disampaikan oleh Pegawai Ugama Pusat Da'wah Islamiah, Dayangku Norhayati binti Pengiran Haji Kasharan.

 

Pameran tersebut mengetengahkan penglibatan pengusaha Industri Kecil dan Sederhana khususnya dalam kalangan wanita dalam menjalankan aktiviti dan perniagaan yang mencontohi akhlak dan sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

 

Pameran tersebut dibukakan kepada orang ramai selama tiga hari bermula hari ini.

 

Majlis Perhimpunan Khas Wanita Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara tahun ini dikendalikan bersama oleh KHEU dan MWBD dengan kerjasama KHELNP.

 

110117 MAULUD WANITA HSO 16

 

SEBAHAGIAN daripada jemputan wanita yang hadir bersama-sama membaca Dikir Marhaban

 

Tahun ini merupakan ke-23 majlis tersebut diadakan sejak ia mula diungkayahkan pada tahun 1995 yang dianjurkan khas untuk wanita bagi memperingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan peranan Baginda dalam meningkatkan status wanita, di samping menjadi contoh untuk diteladani.

 

Juga hadir pada majlis tersebut ialah isteri-isteri Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, isteri-isteri Menteri-Menteri Kabinet dan isteri-isteri Timbalan-Timbalan Menteri.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Aimi Sani, Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10