FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkatkan Kemahiran, Komitmen Tenaga Akademik UNISSA


MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman semasa berucap selaku tetamu kehormat majlis. |FOTO : PELITA BRUNEI (V)

 


 January 13th, 2017  |  08:04 AM  |   1003 views

BRUNEI DARUSSALAM

 

Khamis, 12 Januari. - Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman berharap agar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), sentiasa memastikan para tenaga akademiknya terus berusaha keras mempertingkatkan kemahiran dan komitmen mereka dalam membangun universiti tersebut dan negara.

 

''Saya juga menyarankan agar para tenaga akademik khususnya yang belum memenuhi syarat untuk berpindah ke Skim Perkhidmatan Tenaga Akademik (SPTA) ini atas sebab-sebab kelayakan akademik atau sebab-sebab tertentu, hendaklah berusaha lebih gigih untuk mempertingkatkan pencapaian masing-masing,'' ujar Yang Berhormat pada Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Ke-10 Penubuhan UNISSA, berlangsung di Auditorium univerisiti berkenaan.

 

Menurut Yang Berhormat, perkara ini adalah sangat penting dan relevan, bukan setakat untuk kepentingan diri sendiri tetapi juga adalah untuk kepentingan ummah dan negara untuk memiliki para bijak pandai yang memangkin kepada perkembangan ilmu pengetahuan yang berkualiti tinggi.

 

Tambah Yang Berhormat, malah dalam masa yang sama akan dapat menaikkan lagi nama dan reputasi UNISSA sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang digalati di persada antarabangsa.

 

Yang Berhormat juga berharap kepada para tenaga akademiknya yang lebih 'senior' agar dapat membimbing dan menjadi mentor kepada mereka yang lebih 'junior'.

 

Terdahulu, Yang Berhormat menjelaskan, kualiti sesebuah universiti itu bergantung kepada kualiti tenaga akademiknya dan sebagaimana yang dimaklumi, SPTA yang telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada bulan April 2014 yang lalu itu, adalah untuk memastikan para tenaga akademik di UNISSA dan institusi pengajian tinggi yang lain di negara ini benar-benar mencapai kualiti tenaga akademik yang mampu mempertingkat kualiti akademik, penyelidikan dan khidmat kepada masyarakat.

 

Yang Berhormat seterusnya juga turut berasa gembira, pada mengetahui bahawa program-program jangka pendek yang dibukakan kepada orang ramai mendapat sambutan daripada masyarakat seperti Program Mari Belajar Bahasa Al-Quran, Program Kemahiran Bahasa Al-Quran (PKBQ), Program Memahami dan Menghayati Al-Quran.

 

''Saya berharap program-program atau kursus-kursus singkat bagi orang ramai seperti ini akan diperkembangkan lagi agar mencakupi ruang lingkup yang luas. Ini menepati sifat UNISSA sebagai sebuah universiti Islam yang bertanggungjawab dalam memberi kefahaman tentang Islam yang betul dan muktabar kepada masyarakat,'' ujar Yang Berhormat.

 

Menyentuh tentang khidmat kepada masyarakat, Yang Berhormat mengambil maklum bahawa warga UNISSA, sama ada dari kalangan pelajar atau tenaga akademiknya telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik terhadap masyarakat setempat, terutama sekali dalam menyampaikan ceramah-ceramah agama, kuliah-kuliah di masjid serta kesedaran yang begitu tinggi dalam membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

 

Menurut Yang Berhormat, usaha kebajikan seperti ini hendaklah diteruskan dan diperkasakan lagi bagi memastikan kehidupan masyarakat yang harmoni dan memastikan ajaran Islam yang diajarkan di negara ini adalah yang betul dan selaras dengan fahaman Ahli Sunnah Waljamaah.

 

Berkenaan dengan penyelidikan pula, Yang Berhormat berharap UNISSA mengambil perhatian yang serius terhadap saranan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam supaya UNISSA memantapkan profil penyelidikannya bagi memastikan UNISSA dapat menggabungkan diri dalam kelompok universiti Islam ternama dunia.

 

Yang Berhormat maklum bahawa UNISSA telah melaksanakan beberapa penyelidikan dan aktif menganjurkan seminar yang dilaksanakan secara kolaborasi dengan beberapa institusi pengajian tinggi luar negara dan Yang Berhormat juga yakin aktiviti secara kolaborasi seperti ini sudah pasti akan dapat mempertingkat kualiti dan menaikkan imej UNISSA selain sebagai platform UNISSA untuk memainkan peranannya dalam pembangunan ummah di peringkat global.

 

Dalam masa yang sama, UNISSA tegas Yang Berhormat juga perlu menjalankan penyelidikan yang memberi impak sangat besar kepada masyarakat setempat seperti isu-isu sosial merangkumi isu keruntuhan akhlak, penyalahgunaan dadah, ekonomi dan sebagainya.

 

Yang Berhormat percaya, hasilnya nanti boleh dijadikan rujukan dalam membantu pihak kerajaan dan agensi-agensi tertentu untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abd Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54