Home > Bahasa Melayu
Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun AMBD
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut.
January 13th, 2017 | 08:10 AM | 969 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Khamis, 12 Januari. - Majlis Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Ke-6 penubuhan Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen, Kompleks Jabatan Perdana Menteri dekat ibu negara.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah AMBD.
Bacaan Surah Yaa Siin, tahlil dan seterusnya Solat Fardu Maghrib, Solat Hajat serta Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Ke-6 Penubuhan AMBD, yang diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Anuar bin Haji Salim.
TURUT hadir ialah Ahli-Ahli Lembaga Pengarah AMBD yang lain serta para pegawai dan kakitangan AMBD.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud; Timbalan Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohd. Hanifah; Ahli-Ahli Lembaga Pengarah AMBD yang lain serta pegawai-pegawai dan kakitangan AMBD.
AMBD ditubuhkan pada 1 Januari 2011 dengan matlamat utama untuk memastikan kestabilan monetari dan kewangan negara sentiasa terpelihara, selain berfungsi sebagai sebuah bank pusat bagi Negara Brunei Darussalam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]