FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


POLSARA Anjurkan AGM Ke-13


YANG Di-Pertua POLSARA, Superitendan (B) Pengiran Dato Paduka Haji Salim bin Pengiran Wahid semasa menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Agung POLSARA Ke-13. |FOTO : PELITA BERITA (Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)

 


 January 14th, 2017  |  10:47 AM  |   2632 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 Jumaat, 13 Januari. - Persatuan Anggota Polis Diraja Brunei Yang Bersara (POLSARA) telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-13 persatuan berkenaan bertempat di Rumah POLSARA, Ibu Pejabat Polis Diraja Brunei, di sini.

 

Yang Di-Pertua POLSARA, Superitendan (B) Pengiran Dato Paduka Haji Salim bin Pengiran Wahid berkata, fokus mesyuarat pada tahun ini membincangkan mengenai bagaimana untuk mendapatkan sumber-sumber kewangan serta menambah keahlian persatuan berkenaan dan majlis-majlis yang akan diadakan nanti.

 

Menyentuh mengenai aktiviti-aktiviti persatuan tersebut, beliau menyatakan bahawa ahli-ahli POLSARA sentiasa turut serta dalam acara kenegaraan seperti perhimpunan dan perbarisan Hari Kebangsaan dan Majlis Junjung Ziarah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan baginda.

 

130117 AMIRUL2 POLSARA

 

ANTARA ahli POLSARA yang hadir pada mesyuarat tersebut.

 

"Di samping itu, persatuan ini juga tidak ketinggalan untuk mengadakan majlis keagamaan seperti membaca tahlil di Kubah Makam Diraja dan juga bagi anggota-anggota Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) yang telah kembali ke rahmatullah," katanya kepada Pelita Brunei.

 

Beliau turut menerangkan salah satu acara signifikan yang telah diadakan oleh POLSARA sempena penubuhannya ke-25 tahun, iaitu Majlis Ramah Mesra 'Jasamu Dikenang, Baktimu Diabadikan' bagi meraikan ahli-ahli persatuan yang telah berusia 80 tahun ke atas.

 

"Majlis tersebut bertujuan untuk mengenang kembali jasa bakti mereka ketika berkhidmat sebagai anggota polis terutama dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara serta pengorbananan mereka demi mempertahankan tanah air," ujar beliau.

 

Mesyuarat pada petang itu turut membincangkan mengenai pengesahan minit Mesyuarat Agung Ke-12, pembubaran Ahli Jawatankuasa (AJK) 2015 / 2016 dan lantikan AJK 2017 / 2018.

 

Turut hadir mantan-mantan Pesuruhjaya PDB juga selakuPenasihat-Penasihat POLSARA, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri Haji Awang Yaakub bin Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Paduka Haji Awang Zainal; Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Awang Haji Sabtu dan Dato Paduka Seri Haji Abd. Rahman bin Haji Awang Besar.

 

POLSARA ditubuhkan pada 11 Jun 1990 dan mempunyai keahlian seramai 141 orang terdiri daripada mantan-mantan Pesuruhjaya Polis, serta pegawai-pegawai pangkat rendah dan pegawai-pegawai PDB yang telah bersara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16