Home > Bahasa Melayu
Berkenan Menerima Mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Ukraine
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap dari Menteri Hal Ehwal Luar Ukraine, TYT Pavlo Klimkin. |FOTO : PELITA BRUNEI (Muhammad Asri Haji Awang Abas)
January 15th, 2017 | 10:21 AM | 1184 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sabtu, 14 Januari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam petang tadi berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Ukraine, Tuan Yang Terutama Pavlo Klimkin yang sedang berada di Negara Brunei Darussalam dalam rangka lawatan kerja.
Semasa Majlis Mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Tuan Yang Terutama Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Ukraine telah berbincang mengenai isu-isu dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Ukraine, serta bertukar-tukar pandangan tentang hal ehwal serantau.
Menyertai bersama TYT Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Ukraine pada Majlis Mengadap itu ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Ukraine ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dmytro Senik.
Turut hadir pada Majlis Mengadap yang berlangsung di Istana Nurul Iman ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]