FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Utamakan Keselamatan, Kebersihan


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri semasa menyampaikan hadiah Tong Sampah Kreatif kepada pemenang tempat pertama, Pusat Tingkatan Enam Sengkurong. |FOTO : PELITA BRUNEI (Mohamad Azmi Awang Damit)

 


 January 16th, 2017  |  10:07 AM  |   1849 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahad, 15 Januari. - Sesuai dengan pengisytiharan Bandar Seri Begawan sebagai Bandar Kebudayaan ASEAN 2016-2017, program Bandarku Ceria yang berlangsung di ibu negara ini mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak terutama para penjaja yang mencari pendapatan serta orang ramai yang ingin mengisi masa lapang mereka dengan melakukan aktiviti riadah hujung minggu lebih-lebih lagi bersama keluarga.

 

Semasa tinjauan Pelita Brunei ke ibu negara pagi tadi melihat aktiviti berbasikal masih lagi menjadi pilihan utama pengunjung Bandarku Ceria yang mana mereka boleh menyewa pelbagai jenis basikal termasuk basikal yang mempunyai dua mahupun tiga tempat duduk yang tersedia atau membawanya sendiri.

150117 AZMI9 BKC

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri semasa menyampaikan hadiah Tong Sampah Kreatif kepada pemenang tempat ketiga, Sekolah St. Andrews.

 

Namun dalam melakukan sebarang aktiviti riadah tersebut orang ramai dan para ibu bapa perlu sentiasa mengambil langkah berwaspada terutama keselamatan diri dan kanak-kanak semasa berbasikal, sebagaimana menurut Awang Md. Soffian bin Haji Kipli yang berasal dari Kuala Belait, sebelum memulakan aktiviti riadah berbasikal beliau terlebih dahulu perlu memastikan tempat-tempat yang selamat dan selesa untuk dilalui bagi mengelak sebarang musibah atau kejadian yang tidak diingini berlaku.

 

Selain itu jelasnya, ibu bapa dan penjaga juga perlu turut memastikan 'safety gear' bagi kanak-kanak mencukupi seperti topi kaledar, knee dan elbow safety, brek dan tayar basikal yang berfungsi dengan baik dan selamat, dan tempat-tempat yang dilalui itu jauh dari laluan kereta dan motor yang boleh sahaja menganggu keselamatan para penunggang basikal dan yang paling penting tambahnya lagi, ibu bapa dan penjaga juga perlu sentiasa ada berdekatan dengan anak-anak mereka dan jangan mudah terlepas pandang akan keberadaan anak-anak mereka.

150117 AZMI6 BKC

ORANG ramai yang berkunjung ke Bandarku Ceria mengundi tong yang paling cantik dan kreatif bagi menggalakkan orang awam menjaga kebersihan Bandar Seri Begawan.

150117 AZMI12 BKC

ASPEK keselamatan semasa berbasikal perlu diambil perhatian sewaktu beriadah di Bandarku Ceria.

 

"Walau bagaimanapun, aktiviti riadah Bandarku Ceria seumpama ini perlu diteruskan sampai bila-bila kerana selain memberikan peluang kepada keluarga untuk keluar beriadah, aktiviti sebegini juga boleh mendukung ke arah cara hidup yang lebih sihat dengan penganjuran pelbagai acara seperti senamrobik, larian dan sebagainya," ujar beliau lagi.

 

Bagi Awang Abdul Manan bin Haji Hamid selaku Pengurus Mulya Sarah Sahniza Enterprise pula, sebagai vendor yang menjalankan perniagaan menyewakan pelbagai jenis basikal dan sudah berkecimpung dalam bisnes seumpamanya sejak tiga tahun yang lalu menyarankan kepada para penyewa, pengguna atau penunggang basikal dan ibu bapa serta penjaga untuk sentiasa mengambil serius langkah-langkah keselamatan semasa berbasikal, terutama keselamatan anak-anak.

 

150117 AZMI4 BKC

 

PEMANGKU Pengerusi Lembaga Bandaran, Bandar Seri Begawan (BSB), Awang Haji Ali bin Matyassin semasa ditemu bual oleh Pelita Brunei.

 

Menurutnya, syarikat beliau juga turut menyediakan topi kaledar bagi para penyewa basikal bagi mengelakkan sebarang kecederaan yang serius jika berlaku perkara yang diluar jangkaan, selain turut menyarankan dan menasihatkan para penyewa dan penunggang basikal yang lain untuk lebih melengkapkan diri dan anak-anak mereka dengan 'safety gear' yang teratur dan sesuai.

 

Program yang meliputi semua peringkat umur ini juga turut memberikan peluang bagi kita menunjukkan budaya rakyat Negara Brunei Darussalam yang mengutamakan hubungan kekeluargaan dan gaya hidup yang seimbang terutama dalam sama-sama berganding bahu menjaga kebersihan persekitaran kawasan bandar.

 

Sepertimana menurut Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran BSB, Awang Haji Ali bin Matyassin menjelaskan selaras dengan tema 'Bandarku Ceria, Bandarku Bersih' ingin menerapkan kesadaran kepada orang ramai yang hadir memeriahkan Bandar di setiap minggu di mana sahaja mereka berada sama ada di sekitar kawasan komersial, di setiap jalan-jalan riadah atau aktiviti dan sekalipun yang berada di kawasan taman adalah dingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan taman dan kawasan-kawasan Bandar sekitarnya dengan baik dan bersih, dan membuang sampah-sampah ke tempat-tempat pembuangan sampah yang telah disediakan.

150117 AZMI2 BKC

TEMU BUAL bersama Awang Md. Soffian daripada Kuala Belait yang berkunjung ke Bandar Seri Begawan bagi sama-sama memeriahkan Bandarku Ceria.

 

Kerjasama orang ramai dengan pihak-pihak yang berkenaan adalah sangat-sangat diharapkan jelasnya, memandangkan aktiviti Bandarku Ceria ini melibatkan penganjuran pelbagai jenis aktiviti yang turut melibatkan ramai pihak termasuk para peniaga dan pengunjung, oleh itu perlulah setiap warga dan masyarakat yang terlibat berganding bahu menanai tanggungjawab bersama untuk sentiasa memastikan kebersihan taman dan kawasan sekitar Bandar terjaga bersih dan teratur semasa dan setelah tamatnya aktiviti yang berlangsung.

 

"Pada masa yang sama kami juga ingin mempelawa syarikat-syarikat swasta untuk turut serta menyediakan kemudahan-kemudahan pembuangan sampah yang lebih baik dan teratur bagi kemudahan dan keselesaan para pengujung," ujar beliau lagi.

 

Dengan berlangsungnya aktiviti seperti hari ini menurut Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran BSB lagi telah dijangkakan jumlah pembuangan sampah mungkin akan lebih meningkat, oleh demikian pihak mereka juga telah berusaha untuk menambah penjadualan pembersihan dan kemudahan-kemudahan pembuangan sampah di tempat-tempat yang telah dikenalpasti dan ditetapkan.

 

Pusat ibu negara ini merupakan sebuah bandar dalam taman (garden city) yang mempunyai alam sekitar yang bersih, cantik dan bebas daripada pencemaran, namun taman ini juga merupakan guna-sama oleh semua pihak, dari itu beliau ingin mengingatkan kepada orang ramai dan pihak-pihak yang terlibat untuk sentiasa mematuhi peraturan-peraturan kebersihan yang telah ditetapkan.

150117 AZMI1 BKC

PENGURUS Syarikat Mulya Sarah Sahniza Enterprise, Awang Abdul Manan Bin Haji Hamid menyewakan basikal setiap hari Ahad  sempena Bandarku Ceria.

Pada minggu ketiga aktiviti Bandarku Ceria ini juga berlangsungnya Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang melukis 'mural' anjuran Jabatan Perkembangan Kurikulum yang disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Pemenang melukis 'mural' dimenangi oleh Pusat Tingkatan Enam, Sengkurong, sementara menduduki tempat kedua Sekolah St. George's dan berada di tempat ketiga ialah Sekolah St. Andrew's, manakala Pusat Tingkatan Enam Meragang dan Sekolah Menengah Sultan Mohamad Jamalul Alam masing-masing berada di tempat keempat dan kelima.

 

Hadiah-hadiah pemenang melukis 'mural' tersebut adalah hasil tajaan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

 

Program Bandarku Ceria merupakan hari tanpa kereta yang diadakan setiap hari Ahad di mana beberapa jalan raya ditutup bagi lalu lintas dan dikawal rapi oleh pihak Polis Diraja Brunei bermula dari jam 6.00 hingga 10.00 pagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khartini Hamir

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39