FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pertahankan, Kembangkan Kesusasteraan dan Kebudayaan


PEMANGKU Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dayang Hajah Nortijah binti Haji Mohd. Hassan semasa berucap dalam Majlis Perasmian Festival Sastera Ke-6. | FOTO: PELITA BRUNEI (Azmah Haji Ahad)

 


 April 17th, 2016  |  10:47 AM  |   2474 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sabtu, 16 April. - Aktiviti-aktiviti yang berteraskan kesenian, kebudayaan dan kesusasteraan boleh dimanfaatkan dan membantu dalam menjana ekonomi.

 

Pendedahan kepada generasi muda untuk menghayati kegiatan sastera boleh memperkuatkan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di mana perkembangan kesusasteraan dan kebudayaan tidak seharusnya diketepikan dalam usaha untuk menjadikan bangsa dan negara selaras dengan peredaran sains dan teknologi.

 

Sehubungan itu, kita harus berusaha untuk mempertahankan dan memperkembangkan aspek-aspek kesusasteraan dan kebudayaan ini, demi untuk menjadikan bangsa kita sebuah bangsa yang bukan sahaja berkembang tetapi beridentiti.

 

Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dayang Hajah Nortijah binti Haji Mohd. Hassan menjelaskan demikian pada Majlis Perasmian Festival Sastera Ke-6 berlangsung di Balai Sarmayuda, DBP, Berakas.

 

160416 AZMAH03 DBP

PEMANGKU Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dayang Hajah Nortijah ketika merasmikan Festival Sastera Ke-6, yang berlangsung di Dewan Balai Sarmayuda, DBP.

 

Para karyawan dan budayawan belia tambahnya, perlu membuka mata dan yakin atas potensi yang dimiliki serta mampu menjadikan seni dan budaya ke satu platform untuk mengangkat martabat bahasa dan sastera.

 

Menurutnya, nilai seni bukan hanya setakat untuk berkarya dan berhibur, malah nilai seni jauh lebih berharga daripada seni itu yang mana seni sastera yang bermutu perlu diangkat dan diberi penghargaan serta berpotensi untuk diangkat dalam pasaran luar negara.

 

Dayang Hajah Nortijah seterusnya berharap usaha mengungkayahkan festival seumpama ini akan dapat dipertingkatkan dan diteruskan dalam membimbing generasi muda untuk menghasilkan seni sastera dan budaya yang bermutu tinggi.

 

"Apa yang dihasilkan oleh penggiat sastera dan penulis negara ini merupakan satu khazanah intelektual bangsa yang seharusnya dikumpul dan dihayati untuk penyelidikan dan rujukan dalam kalangan masyarakat tempatan mahupun masyarakat luar," jelasnya.

 

160416 AZMAH04 DBP

FORUM Festival Sastera Ke-6 yang bertajuk 'Industri Sastera'.

Majlis diserikan dengan sebuah forum bertajuk 'Industri Sastera' disertai oleh ahli-ahli panel terdiri daripada Pensyarah Kesusasteraan Melayu UBD, Awang Mohd. Zefri Ariff bin Mohd. Zain Ariff; Awangku Mohammad Noor Sham @ Awangku Hidie bin Pengiran Hidup dari Majlis Belia Brunei; Awang Haji Muhammad Sawaz bin Haji Awang Ali, pelajar pengurusan sastera dan Awang Adi Hasnawe bin Nulazmi, pelajar Sastera dan Media.

 

Festival Sastera yang diadakan selama tiga hari itu diisikan dengan pelbagai aktiviti termasuk bengkel solekan dan tunjuk cara permainan tradisi, Malam Kesenian Rakyat, peraduan mewarna bagi kanak-kanak serta tayangan Filem Pendek 360 detik.

 

160416 AZMAH05 DBP

SEBAHAGIAN dari mahasiswa dan mahasiswi yang hadir dalam Majlis Perasminan Festival Sastera Ke-6 yang berlangsung di Dewan Balai Sarmayuda, DBP.

 

Bertemakan 'Industri Seni Menginovasi Ekonomi', festival ini merupakan kali ke-6 dianjurkan sejak kursus ini diperkenalkan dalam Program Bahasa, Kesusasteraan, dan Kesenian Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam.

 

Antara objektif festival adalah untuk mengembangkan kegiatan Kesusasteraan Melayu dalam kalangan warga universiti dan orang awam terutamanya kepada generasi muda selain bagi melahirkan individu berkualiti yang proaktif dan berdaya saing dalam arus globalisasi serta dapat menjadikan seni sastera sebagai satu platform dalam perkembangan ekonomi di Negara Brunei Darussalam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16