FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


'The Civil Division Work Manual' Panduan Komprehensif


PEGUAM Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd. Salleh semasa merasmikan manual berkenaan. |FOTO : PELITA BRUNEI ( Mohd. Sahrizal Haji Said)

 


 January 17th, 2017  |  10:15 AM  |   1188 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Isnin, 16 Januari. - Inisiatif antarabangsa terhadap penggubalan, memeriksa kontrak dan dokumen undang-undang seperti dokumen tender untuk perolehan kerajaan bagi barangan atau perkhidmatan, perundingan kontrak, menjalankan tafsiran berkanun dan merumuskan cadangan perundangan dalam bidang seperti pertanian, kewangan, minyak dan gas, pendidikan, kebajikan sosial, kumpulan wang simpanan pekerja, ICT, transaksi elektronik dan penerbangan awam telah memberi kesan kepada undang-undang tempatan yang berkaitan.

 

Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd. Salleh menekankan demikian pada Majlis Pelancaran Manual-Manual Bahagian Sivil yang pertama, iaitu 'Government Contracts Manual' dan 'Civil Division Work Manual' bertempat di Dewan Jubli Emas, Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, di sini.

 

Menurutnya, Bahagian Sivil merupakan satu lagi bahagian penting dalam dewan tersebut yang memainkan peranan dalam memberikan nasihat undang-undang yang berkualiti dan perwakilan bagi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam spektrum yang luas tentang isu undang-undang.

 

Justeru itu, Unit Litigasi dan Penyelesaian Pertikaian (The Litigation and Dispute Resolution Unit) di Bahagian Sivil mewakili kerajaan dalam prosiding undang-undang dan penyelesaian pertikaian alternatif juga membantu dalam pemulihan hutang yang tidak dibayar dan caj berhutang kepada kerajaan.

 

"Saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada Bahagian Sivil seperti mana-mana bahagian lain yang mempunyai cabaran dalam bahagian mereka selama ini. Walaupun cabaran, bahagian tersebut terus gigih memberikan sumbangan yang besar seperti yang diharapkan dan untuk meningkatkan kemahiran danproduktiviti mereka," katanya.

 

Menyentuh mengenai 'Civil Division Government Contracts Manual' pula, dewan itu katanya, berjanji untuk sentiasa berusaha meningkatkan perkhidmatan melalui semua bahagian.

 

Oleh itu, manual tersebut diterbitkan oleh Bahagian Sivil adalah sebahagian daripada usaha berterusan dalammeningkatkan kesedaran juga mengarahkan agensi termasuk kementerian dan jabatan kerajaan dan badan berkanun terutamanya dalam menguruskan kontrak kerajaan.

 

"Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk memastikan bahawa kontrak telah disediakan mengikut keperluan semasa khususnya yang berkaitan dengan peruntukan bagi jaminan, penalti, dan kerosakan," tegasnya.

 

Ini kerana objektif utama manual adalah untuk memberi kementerian dan jabatan kerajaan serta badanberkanun tentang garis panduan yang ringkas dalam memberikan gambaran yang tidak ternilai kepada prinsip-prinsip yang mengawal kontrak di Negara Brunei Darussalam.

 

Pada masa yang sama untuk memberi bantuan kepada kementerian dan jabatan kerajaan serta badan berkanun untuk mengambil keputusan yang paling sesuai dan meletakkan pelbagai isu dalam projek-projek atau perolehan mereka.

 

"Adalah penting untuk perolehan / projek menggunakan dana kerajaan dan orang ramai untuk dimasukkan dan dimuktamadkan dalam kontrak. Undang-undang umum berkenaan dengan transaksi kontrak di Negara Brunei Darussalam pada masa iniditadbir terutamanya oleh Akta Kontrak (Bab 106) Undang-undang Brunei dan khusus diguna pakai untuk perolehan kerajaan / projek adalah Peraturan-Peraturan Kewangan, 1983," tambahnya lagi.

 

Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, 'The Civil Division Work Manual' adalah sebagai panduan komprehensif bagi pegawai dan kakitangan Bahagian Guaman yang baharu dilantik serta pegawai dan kakitangan di Bahagian Sivil pada masa ini.

 

Manual ini terangnya, termasuk peranan utama dan fungsi dan aliran kerja sehari-hari dan prosedur
Bahagian Sivil yang bertujuan untuk mewujudkan prosedur kerja yang seragam di Bahagian Sivil.

 

Selain mewujudkan manual sebagai alat pengajaran terutamanya kepada pegawai dan kakitangan yang baharu dilantik, objektifnya adalah juga untuk memudahkan para pegawai dalam mengendalikan tugasan kerja mereka dan menjalankan kajian mereka dengan kehadiran Panduan Untuk Kontrak dan Panduan untuk dokumen LDRU.

 
 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16