FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ahli-ahli YB Yang dilantik Merupakan Amanah


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa bergambar ramai bersama Penghulu-Penghulu, Ketua-Ketua Kampung serta Ketua-Ketua Rumah Panjang seluruh negara.|FOTO : (Masri Osman)

 


 January 17th, 2017  |  10:20 AM  |   1929 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Isnin, 16 Januari. - Pelantikan Ahli-Ahli Yang Berhormat selaku wakil-wakil daerah adalah merupakan suatu amanah yang perlu ditanai dengan penuh tanggungjawab.

 

Pelantikan tersebut adalah atas dasar kepercayaan dan sokongan Penghulu Mukim, Ketua Kampung dan Ketua Rumah Panjang ke atas kewibawaan Ahli-Ahli Yang Berhormat selaku wakil-wakil daerah di daerah-daerah dan kawasan-kawasan (zon) masing-masing.

 

Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong di perjumpaan bersama Penghulu-Penghulu Mukim serta Ketua-Ketua Kampung dan Ketua-Ketua Rumah Panjang yang berlangsung di Dewan Banquet, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat, Bangunan Dewan Majlis, Bandar Seri Begawan, di sini.

 

160117 MASRI3 KHEDN

 

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa berucap pada perjumpaan bersama Penghulu-Penghulu Mukim serta Ketua-Ketua Kampung dan Ketua-Ketua Rumah Panjang.

 

Jelas Yang Berhormat, pelantikan berkenaan juga merupakan amanah dan kepercayaan yang telah diberikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang mempunyai peranan, bidang tugas dan tanggungjawab bagi kepentingan rakyat dan penduduk negara ini, di samping membantu pihak kerajaan dalam usaha membangun negara.

 

"Dalam hubungan ini, kita perlu sentiasa ingat akan titah-titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang berulang kali menitahkan supaya Ahli-Ahli Yang Berhormat memberikan tumpuan kepada menyumbangkan idea-idea atau pandangan mengenai isu-isu strategik yang akan dapat membantu dalam meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi rakyat dan penduduk negara ini secara menyeluruh dan 'sustainable'.

 

Terutama dalam mendukung dasar-dasar kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang antaranya untuk menggalakkan lebih ramai anak tempatan untuk bekerjadi sektor swasta dan juga usaha kerajaan dalam mempelbagaikan sumber perekonomian negara," tambah Yang Berhormat lagi.

 

Lantikan wakil-wakil daerah tersebut, terang Yang Berhormat, adalah juga untuk memberikan peluang kepada pihak Kerajaan Kebawah DYMM untuk mendengar suara rakyat dengan lebih luas, selain untuk menyampaikan agenda dan hasrat kerajaan sebagai perantaraan dua hala dalam apa jua rancangan kerajaan kepada rakyat di negara ini supaya dapat difahami dengan lebih baik dan jelas.

 

Perjumpaan tersebut telah melibatkan semua penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung serta ketua-ketua rumah panjang di ke empat-empat daerah di seluruh negara yang antara lain dibuat bagi membarigakan Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi pelantikan daerah-daerah yang telah berkuat kuasa pada 13 Januari lalu.

 

Seramai 10 ahli-ahli MMN bagi pelantikan Daerah-Daerah telah dilantik yang mana lima dari Daerah Brunei dan Muara, dua bagi Daerah Belait dan juga Daerah Tutong dan seorang dari Daerah Temburong.

 

Di dalam perjumpaan tersebut juga dihuraikan tugas-tugas dan tanggungjawab bagi setiap ahli-ahli MMN bagi daerah-daerah yang telah dilantik dalam mengurus tadbir zon-zon masing-masing.

 

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Abdul Mutalib Bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap serta Pegawai-Pegawai Kanan dari KHEDN.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54