FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sektor Maritim Alami Pelbagai Cabaran


MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat hadir selaku tetamu kehormat ketika menyampaikan ucapan. |FOTO : PELITA BRUNEI (Dk. Nur Hafilah Pg. Osman)

 


 January 18th, 2017  |  08:35 AM  |   1005 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Selasa, 17 Januari. - Kementerian Perhubungan menempatkan keselamatan sebagai salah satu strategi utama dalam dasar Peningkatan Sistem Perkhidmatan Pengangkutan Awam.

 

Ia termasuk memenuhi keperluan piawaian yang ditetapkan oleh badan-badan antarabangsa seperti International Civil Aviation Organisation (ICAO) dan International Maritime Organisation (IMO).

 

Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat menekankan demikian pada Majlis Seminar Komersial bagi Keselamatan Menyelam berlangsung di Indera Kayangan Ballroom, The Empire Hotel and Country Club, di sini.

 

Justeru itu, Kementerian Perhubungan jelasnya, telah menubuhkan Bahagian Keselamatan dan Penyiasatan (Safety & Investigation Division) yang akan terus memantau kesediaan dan kesiapsiagaan (preparedness and readiness) agensi-agensi di bawah kementerian berkenaan dalam menangani sebarang kemungkinan.

 

"Perkara ini penting untuk semua pihak dalam memberikan perhatian sewajarnya memandangkan tanggungjawab Kementerian Perhubungan yang melibatkan pergerakan awam secara menyeluruh," tegas Yang Berhormat.

 

Dalam hal tersebut, sektor maritim juga terus mengalami pelbagai cabaran. Persekitaran maritim katanya, terus menghadapi ancaman yang berpunca dari aktiviti maritim sendiri. Antaranya adalah seperti bangkai kapal karam, pembuangan sisa dari kapal dan tumpahan minyak yang dapat menjejaskan keselamatan navigasi perkapalan.

 

Dengan mengambil kira mustahaknya memelihara persekitaran maritim daripada ancaman-ancaman sebegini, keperluan bagi perkhidmatan 'commercial diving' menjadi semakin ketara.

 

'Commercial Divers' berkeupayaan untuk menjalankan kerja-kerja seperti melupuskan bangkai kapal karam, membuat pemeriksaan, menilai serta membaiki kerosakan pada infrastruktur dan bangunan di bawah permukaan laut.

 

Yang Berhormat seterusnya menegaskan, pemeliharaan alam sekitar maritim merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Perhubungan ke arah memajukan lagi sektor maritim di Negara Brunei Darussalam.

 

Atas tujuan itu, peranan serta tanggungjawab Jabatan Laut dan Jabatan Pelabuhan menurutnya, sedang giat diselaraskan sebagai 'authority' yang bertanggungjawab membuat perancangan-perancangan untuk lebih memperkembangluaskan sektor maritim di negara ini secara keseluruhannya.

 

"Berlandaskan kepada kepentingan ini juga, saya sangat menghargai inisiatif Al-Hadid Marine Services yang telah dapat menyumbang kepada pembangunan modal insan di kalangan anak tempatan, dengan adanya profesional yang terlatih dan berkepakaran di syarikat ini," ujarnya.

 

Oleh yang demikian, Yang Berhormat berharap inisiatif tersebut akan dapat dikembangkan lagi melalui kolaborasi bersama pelbagai pihak termasuk dari agensi-agensi kerajaan serta institusi pendidikan dan latihan di negara ini.

 

Seterusnya, para peserta seminar serta pihak-pihak yang berkepentingan akan mengambil kesempatan tersebut untuk berinteraksi dan meneroka peluang-peluang kerjasama khususnya antara pihak penganjur, penceramah serta dalam kalangan para peserta sekalian juga memanfaatkan usaha ke arah memajukan lagi sektor maritim di negara ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19