FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pesta Pengguna Ke-19 dilancarkan


MENTERI Pehubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat merasmikan Pesta Penguna Ke-19 (19th Consumer Fair) yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas (ICC).|FOTO : PELITA BRUNEI (Azmah Haji Ahad)

 


 January 19th, 2017  |  10:25 AM  |   1110 views

BERAKAS

 

Rabu, 18 Januari. - Pesta Pengguna Ke-19 (19th Consumer Fair - CF19) yang bermula hari ini sehingga 22 Januari 2017, di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan termasuk aktiviti-aktiviti sampingan seperti kuiz dan cabutan bertuah.

 

Sehubungan itu, Majlis Pelancaran CF19 telah dirasmikan oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat.

 

180117 PESTA PENGGUNA F

 

PENGARAH Eksekutif D'Sunlit Sendirian Berhad,  Dato Paduka Haji Danial bin Haji Hanafiah semasa berucap di majlis tersebut.

 

Juga hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah pegawai-pegawai kerajaan, Duta-Duta Besar Istimewa dan Mutlak ke Negara Brunei Darussalam, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, ketua organisasi dan rakan kongsi CF19.

 

Pengarah Eksekutif D'Sunlit Sendirian Berhad, Dato Paduka Haji Danial bin Haji Hanafiah dalam ucapannya menjelaskan, kira-kira 400 petak jualan terlibat pada CF19 yang menampilkan pelbagai produk berkualiti seperti barang elektronik, makanan, hadiah, perkhidmatan kewangan dan bermacam-macam lagi dari Brunei Darussalam dan negara-negara lain.

 

CF19 juga jelasnya, memfokuskan dengan memberi tumpuan kepada menyokong dan menggalakkan usaha amal dengan menyediakan beberapa peluang untuk orang ramai bagi menyumbang kepada masyarakat.

 

''Tema CF19 pada tahun ini ialah 'The year is yours, what will you do with it?' Bertepatan dengan tema, CF19 memfokuskan aspek ke arah 'memberi balik' atau 'giving back' yang mana selain menawarkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan, terdapat pelbagai aktiviti yang menggalakkan membantu beberapa NGO seperti SMARTER Brunei, Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNAB) dan juga Yayasan Kanser Kanak-Kanak (YASKA),'' terang beliau.

 

180117 PESTA PENGGUNA C

 

PEGAWAI Pemasaran dan Bahagian Pengurusan D'Sunlit Sendirian Berhad, Noor Aqeelah binti Ahmad Sanusi semasa ditemu bual oleh Pelita Brunei.

 

Sementara itu, Pegawai Pemasaran dan Bahagian Pengurusan D'Sunlit Sendirian Berhad, Dayang Noor Aqeelah binti Ahmad Sanusi ketika ditemui berkata, terdapat sebanyak 400 petak jualan dan seramai lebih 200 peserta menyertai pameran dari dalam dan luar negara seperti Malaysia, Kemboja, Republik Singapura dan juga Pakistan.

 

Beliau berharap CF19 kali ini, juga akan mendapat sambutan daripada orang ramai seperti tahun-tahun sebelumnya.

 

180117 PESTA PENGGUNA D

PENGARAH  Jualan Syarikat Royale Chesterfield Brunei, Syarikat Royale Chesterfield Brunei, Awang Fadli bin Suraidi mempromosi perabot yang berasaskan dari bahan kulit  pada  CF19 di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.

 

Manakala Pengarah Jualan Syarikat Royale Chesterfield Brunei, Awang Fadli bin Suraidi, salah seorang peserta pameran CF19 berkata, ini merupakan kali pertama Syarikat Royale Chesterfield Brunei menyertai Pesta Pengguna ini.

 

''Syarikat Royale Chesterfield Brunei menjual perabot yang berasaskan dari bahan kulit 'leather' dengan harga tawaran yang sangat menarik. Syarikat ini mula ditubuhkan sejak 15 tahun lalu di Malaysia dan kini kami membuka cawangan pertama kami di Brunei sejurus selepas habis Pesta Pengguna ini. Kami mula memasarkan perabot kami mengikut tempahan individu dari Brunei sejak 10 tahun yang lalu. Orang ramai boleh berkunjung ke CF19 untuk melihat kualiti perabot kami secara lebih dekat dan membuat tempahan mengikut warna dan jenis perabot yang mereka suka yang selalunya mengambil masa dalam empat minggu untuk siap dan dua minggu lagi untuk proses penghantaran.

''Saya berharap dengan penyertaan syarikat di CF19 ini akan dapat lagi menarik minat orang ramai yang meminati perabot yang berasaskan bahan kulit 'leather' dengan kualiti yang tinggi serta harga tawaran yang sangat berpatutan,'' tambahnya.

 

180117 PESTA PENGGUNA B

PENGURUS Komunikasi Korporat dan Projek Khas, Ghanim International Corporation Sdn. Bhd., Dayang Melline binti Jaini (tengah) bersama-sama rakan beliau mempamerkan produk 'Brunei Halal' di Pesta Pengguna Ke-19.

 

Manakala bagi Pengurus Komunikasi Korporat dan Projek Khas, Ghanim International Corporation Sendirian Berhad, Melline binti Jaini berkata, produk syarikatnya yang terkenal dengan label 'Brunei Halal' baru-baru ini telah mula mengeksport produk-produk makanan mereka ke China.

 

''Alhamdulillah, baru-baru ini juga, syarikat telah berjaya menghasilkan 20 jenis produk baharu. Seperti tahun-tahun yang sudah, kami berharap penyertaan kami melalui CF19 ini akan menjadi platform bagi syarikat untuk mengetengahkan produk-produk kami kepada orang ramai,'' katanya.

180117 PESTA PENGGUNA E

YANG  Berhormat Menteri Perhubungan semasa melawat petak pameran Syarikat  DST Group Sdn. Bhd.,  salah sebuah syarikat  telekomunikasi tempatan di negara ini.

 

CF19 selama lima hari ini dibuka bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam kecuali pada hari Jumaat ditutup dari 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang bagi Solat Fardu Jumaat.

 

Orang ramai yang ingin mengunjungi CF19 bolehlah menggunakan perkhidmatan bas ulang-alik dari tempat letak kereta Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah ke lokasi jualan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Aimi Sani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39