Home > Bahasa Melayu
MKKJR Saran Pengguna Jalan Raya Sentiasa Berwaspada
SEMBAHYANG Sunat Hajat Berjemaah diikuti dengan membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Ratib Al-Attas dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Hanafiah bin Haji Mahmud. |FOTO : PELITA BRUNEI ( Masri Osman)
January 20th, 2017 | 09:50 AM | 1487 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Khamis, 19 Januari. - Dalam sama-sama memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar pengguna jalan raya di negara ini sentiasa diberikan perlindungan, Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) mengadakan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah, Membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Ratib Al-Attas sempena Hari Memperingati Mangsa-Mangsa Lalu Lintas Jalan Raya bertempat di Surau Kementerian Perhubungan, Jalan Menteri Besar.
Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat hadir selaku tetamu kehormat.
Juga hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad selaku Pengerusi MKKJR, Ahli-ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya seluruh negara dan ketua-ketua jabatan, timbalan-timbalan ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Majlis bermula dengan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah diikuti dengan membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Ratib Al-Attas dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Hanafiah bin Haji Mahmud.
Majlis tersebut antara lain bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya.
MKKJR menyarankan serta menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berwaspada dan bertanggungjawab ketika berada di jalan raya dengan memandu berhati-hati, berdisiplin, bertimbang rasa serta mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas jalan raya bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku juga demi menjaga keselamatan bersama.
Source:
@BRUDIRECT.COM
by Nooratini Haji Abas
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]