FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


ASEAN Catat Pertumbuhan 6.5 Peratus Pelancong Antarabangsa Pada 2016


MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong (lima, kanan) dalam sesi gambar ramai bersama Menteri Pelancongan ASEAN yang lain semasa menghadiri Mesyuarat Menteri Pelancongan ke-20 dan Mesyuarat Menteri Pelancongan ASEAN Plus Three ke-16 yang berlangsung bermula 18 hingga 20 Januari 2017, di Singapura sempena Forum Pelancongan ASEAN 2017 (ATF).

 


 January 22nd, 2017  |  10:42 AM  |   1776 views

REPUBLIK SINPAURA

 

Jumaat, 20 Januari. - Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong telah menghadiri Mesyuarat Menteri Pelancongan ke-20 dan Mesyuarat Menteri Pelancongan ASEAN Plus Three ke-16 yang berlangsung bermula 18 hingga 20 Januari 2017, di Singapura sempena Forum Pelancongan ASEAN 2017 (ATF).

 

Mesyuarat telah didahului dengan Mesyuarat Organisasi Pelancongan Kebangsaan ASEAN (NTOs) ke-45, Mesyuarat ke-30 ASEAN Plus Three (APT) NTOs dan mesyuarat berkaitan dengan rakan dialog dari 16 hingga 18 Januari 2017.

 

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Mulia Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali.

 

Semasa mesyuarat tersebut, Menteri-menteri gembira dengan kemajuan yang dicapai dalam kerjasama pelancongan ASEAN pada 2016, terutamanya dengan sumbangan sektor pelancongan kepada penubuhan Komuniti ASEAN apabila selesainya semua langkah-langkah pelancongan yang selebihnya di bawah Rangka Tindakan AEC 2015.

 

Menteri-menteri juga menyatakan kemajuan dalam pelaksanaan Pelan Strategik ASEAN Tourism (ATSP) 2016-2025 di mana negara-negara utama bagi semua aktiviti utama di bawah Rancangan Kerja bagi 2016-2017 telah dikenal pasti. Para Menteri yakin bahawa kemajuan pelaksanaan semasa dan peranan aktif negara-negara utama, pelancongan ASEAN akan dapat mengekalkan sumbangan ke arah merealisasikan matlamat integrasi ASEAN yang ditetapkan dalam ASEAN 2025: Untuk Maju ke Hadapan Bersama-sama.

 

ASEAN dijangka menerima 116 juta pelawat antarabangsa pada 2016 mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.5 peratus berbanding 2015.

 

Menyedari potensi yang luas dan peluang yang ditawarkan oleh teknologi, Menteri-menteri melihat bahawa ASEAN perlu memanfaatkan pemasaran media digital dan sosial yang lebih berkesan dengan meningkatkan keupayaan dalam bertindak balas untuk mempercepatkan perubahan trend.

 

Menteri-menteri juga menekankan kepentingan meningkatkan keupayaan dalam statistik pelancongan dan pengumpulan data analisis, dan seterusnya menyeru pegawai-pegawai kanan untuk mengukuhkan kerjasama dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN dan organisasi antarabangsa.

 

Mengenai pelancongan persiaran, Menteri-Menteri mengulangi komitmen mereka untuk membangunkan Asia Tenggara menjadi destinasi pelayaran yang meriah dimana mereka menyatakan bahawa pada tahun 2035, penumpang kapal persiaran yang belayar di Asia Tenggara dijangka akan mencapai kira-kira 4.5 juta.

 

Dalam hubungan itu, Menteri-menteri Pelancongan ASEAN bersetuju untuk membangunkan Deklarasi Bersama Pelayaran Pelancongan sebagai sebahagian daripada pelan kerja persiaran dimana satu Dialog Pelayaran sulung juga telah diadakan untuk membincangkan potensi pertumbuhan industri pelayaran.

 

Sementara itu, dalam memperingati Ulang Tahun ke-50 ASEAN pada tahun 2017, Menteri-Menteri juga melancarkan Kempen Sambutan Jubli Emas Tahun melawat ASEAN@50, satu usahasama dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN untuk mempamerkan rantau ini yang kaya dengan kepelbagaiannya dan mempromosikan ASEAN sebagai destinasi pelancongan tunggal.

 

Kempen ini akan menawarkan pelbagai pakej pelancongan negara-negara ASEAN yang menarik antara dua hingga 26 malam oleh pengusaha pelancongan terkemuka dan pusat pelayaran di Asia Tenggara untuk menarik pelancong melawat rantau ini.

 

Dalam menyokong kempen tersebut, satu laman mikro iaitu visitasean50.com telah dilancarkan pada awal November 2016 bersama-sama dengan pelancaran logo Tahun Melawat ASEAN @ 50 pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-28 dan ke-29 di September 2016 yang diadakan di Vientiane.

 

Dengan komitmen yang tinggi daripada negara anggota ASEAN dan rakan-rakan, para menteri yakin bahawa sasaran 121 juta ketibaan pelancong antarabangsa ke rantau ini pada 2017 boleh melebihi.

 

Pada masa yang sama, Menteri-menteri turut mengambil maklum mengenai pengembangan Pakej Pelancongan ASEAN yang digunakan sebagai asas untuk pakej pelancongan Tahun melawat ASEAN (Visit ASEAN@50).

 

Menteri-menteri juga menyokong inisiatif untuk mengembangkan produk pelancongan yang sedia ada (pengembaraan, alam semula jadi, persiaran budaya dan warisan, pendidikan, makanan, percutian, kesihatan dan spa, MICE, berziarah, dan penginapan warga emas dan jangka panjang), dan kerjasama dengan rakan kongsi dalam membangunkan dan memasarkannya.

 

Dari segi kualiti pelancongan pula, Negara Brunei Darussalam (NBD) melalui Majlis Perundingan Kampung Kiudang adalah antara 26 penerima Anugerah Pelancongan berasaskan Komuniti ASEAN, di mana Menteri-menteri menyampaikan Anugerah Pelancongan berasaskan Komuniti ASEAN buat kali pertama. Anugerah ini adalah berdasarkan kepada standard Pelancongan Berasaskan Komuniti yang mengandungi petunjuk prestasi bagi pengurusan diselaraskan produk pelancongan yang ditawarkan oleh komuniti.

 

Para Menteri dalam pada itu turut gembira dengan kejayaan penting pelancaran inisiatif MRA-TP, terutamanya dengan kesediaan platform pendaftaran yang dipanggil Sistem Pendaftaran ASEAN Tourism Profesional (ATPRS) untuk memudahkan pergerakan pekerja mahir pelancongan ASEAN yang menerima sijil di bawah MRA-TP. Menteri-menteri diminta untuk mempercepatkan penubuhan penuh Sekretariat Daerah bagi Pelaksanaan MRA-TP di Jakarta Indonesia, termasuk kesimpulan Perjanjian Negara Tuan Rumah.

 

Semasa mesyurat tersebut, para Menteri menyatakan sokongan penuh mereka kepada pelaksanaan Memorandum Kerjasama (MOC) mengenai Kerjasama Pelancongan ASEAN Plus Three melalui projek-projek bersama, program dan aktiviti. Para Menteri juga menyatakan pembangunan Pelan Kerjasama Pelancongan Kerja APT 2018-2020 dan juga menghargai kerja Ketua NTOs ASEAN Plus Three dalam menyokong kerjasama pelancongan dan kerjasama ke arah mempromosikan pelancongan ASEAN dan pertukaran kebudayaan, untuk mencerminkan warisan dan layanan yang mesra rakyat ASEAN.

 

Satu pameran pelancongan (Travex) juga telah diadakan pada 18-20 Januari 2017 dengan tema "Membentuk Pengembaraan Pelancongan Bersama". Pameran ini telah dihadiri oleh 324 pembeli dan 355 peserta pameran.

 

NBD diwakili oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan bersama-sama dengan empat pihak berkepentingan pelancongan iaitu Royal Brunei Airlines, The Empire Hotel and Country Club, Orchid Garden Hotel dan Freme Travel Services.

 

Brunei Darussalam telah mempromosikan produk utamanya iaitu Pakej Temburong, Bandar Seri Begawan dan Kampong Ayer serta produk pelancongan berasaskan aktiviti dan sebagainya.

 

Ini termasuk tempat-tempat terkenal seperti Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Alat Kebesaran Diraja dan tempat-tempat lain di Bandar Seri Begawa. Kawasan-kawasan lain seperti Kampong Ayer, mempamerkan keunikan budaya dan warisan yang kaya; dan Ulu Temburong, menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan melalui kecantikan, kekayaan dan kepelbagaian alam semula jadi dan alam sekitarnya - hutan hujan tropika yang bersih dan habitat semula jadi.

 

Produk-produk komuniti berasaskan pelancongan, pelancongan pendidikan, Golf, MICE dan produk pelancongan Islam di Brunei Darussalam juga ditawarkan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by ASEAN catat pertumbuhan 6.5 peratus pelancong antarabangsa pada 2016

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54