FacebookInstagramTwitterContact

 

Results of Closed Tender for Vehicle Registration Number           >>           Earn Income through Content Creation           >>           Hari Raya Must-Haves and Favourite Food           >>           Decorative Lights add Cheer to Hari Raya Celebration           >>           Disposal Service for Books & Papers containing Quranic Verse           >>           Business resume operations           >>           Back to Work after Hari Raya Holiday           >>           Handover of Brunei Green Economy Framework Report           >>           Tahlil Ceremony           >>           The Sweet-Smelling Honeysuckle Has A Variety Of Medicinal Benefits           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Rejimen Pasukan Khas juara Kejohanan Polo Air ABDB


PEMERINTAH Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah semasa bersalaman dan diperkenalkan kepada pasukan yang akan bertanding di peringkat akhir Kejohanan Polo |FOTO : PELITA BRUNEI (Masri Osman)

 


 January 28th, 2017  |  10:26 AM  |   2513 views

RIMBA

 

Jumaat, 27 Januari. - Pasukan Polo Air Rejimen Pasukan Khas (RPK) muncul juara setelah berjaya menewaskan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dengan jaringan 2-1 pada Kejohanan Polo Air Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang berlangsung di Kompleks Sukan Pangkalan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) hari ini.

 

Manakala bagi kejohanan renang pula, Pasukan Renang RPK meraih kejuaraan pada pertandingan yang telah diadakan pada awal minggu ini dengan merangkul enam pingat emas, dua pingat perak dan tiga pingat gangsa.

 

TDDB tampil naib johan dan tempat ketiga dimenangi oleh Kementerian Pertahanan.

 

Kejohanan akhir turut menyaksikan Perlawanan Renang Gaya Bebas Perseorangan 50 Meter yang dimenangi oleh Sarjan Haji Zulamin mewakili RPK, naib johan diraih oleh Bintara Kanan Haji Md. Irwan mewakili Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan tempat ketiga, Lans Kopral Md. Yunus mewakili Kementerian Pertahanan.

 

Acara kemuncak pada kejohanan itu ialah Renang 4 X 50 Meter yang menggabungkan pegawai-pegawai peringkat tinggi dan rendah yang disandang oleh TDDB, naib johan diraih oleh TUDB dan RPK menduduki tempat ketiga.

 

Hadir bagi menyempurnakan hadiah kepada para pemenang ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

 

Kejohanan Renang dan Polo Air ABDB 2017 yang bermula pada 23 Januari lalu yang disertai oleh enam pasukan iaitu Kementerian Pertahanan, TDDB, TUDB, TLDB, Institut Latihan ABDB dan RPK.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Chinese Internet Amused By Building That Looks Like Sanitary Pad

 2024-04-16 23:58:01

Scottish Power Pays £300 To Customers After Overcharging

 2024-04-17 00:46:50