Home > Bahasa Melayu
Berangkat Menziarahi Jenazah Allahyarham Pengiran Hajah Siti Hawa
ebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berangkat menziarahi jenazah Allahyarham Pengiran Hajah Siti Hawa binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman di Baitul Athirah. |FOTO : PELITA BRUNEI (Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)
January 28th, 2017 | 10:33 AM | 2755 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Jumaat, 27 Januari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berangkat menziarahi jenazah Allahyarham Pengiran Hajah Siti Hawa binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman di Baitul Athirah, kediaman paduka adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah di Jalan Gadong, di sini.
Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman.
Juga berangkat, paduka-paduka adinda, putera-putera dan puteri-puteri Kebawah DYMM serta kerabat diraja yang lain.
Sembahyang Jenazah diimamkan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
Allahyarham Pengiran Hajah Siti Hawa kembali ke rahmatullah sekitar jam 7.30 pagi di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha pada usia 84 tahun.
Semasa hayatnya, Allahyarham Pengiran Hajah Siti Hawa dikurniakan Bintang Kebesaran dan Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam, Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (S.M.B) dan Pingat Hassanal Bolkiah Sultan, P.H.B.S.
Allahyarham Pengiran Hajah Siti Hawa telah selamat disemadikan di Kubah Makam Diraja.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]