Home > Bahasa Melayu
Konsert Hiburan Gilap Bakat Artis Tempatan
January 29th, 2017 | 08:29 AM | 1518 views
JERUDONG
Sabtu, 28 Januari. - Konsert Jerudong Park (JP) yang bertemakan 'Music in the Park : The Acoustic Sessions' yang diadakan di Mini Ampiteater JP di sini berjaya menampilkan lebih 500 penggemar seni suara dan muzik.
Konsert pertama pada tahun 2017 ini bertujuan untuk mengetengahkan dan menggilap bakat artis-artis tempatan.
JP meneruskan usahanya untuk menjadi destinasi utama Brunei bagi acara hiburan ini dan memberi ruang kepada orang ramai untuk sama-sama berhibur pada musim cuti perayaan dengan menyokong dan menampilkan barisan bakat tempatan seperti Ellewan, FN Duo, Bazilah Baky, The Mahasiswa, Syafiq Abdillah, Nadiatul Volinuskhi, Zaff Zanin, Clinton Kane, Kala K dan Huwira.
Nabilah Hassan dan Najihah Hassan dua beradik dari Kampung Jerudong ketika ditemui berkata, mereka datang ke sini untuk meluangkan masa dengan anak-anak serta keluarga kerana cuti hujung minggu yang panjang sempena Hari Tahun Baharu Cina selain dapat melihat bakat-bakat tempatan baharu yang hendak mencipta nama.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Aimi Sani
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]