FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Karnival Cinta Rasul Terima Ribuan Pengunjung


SUASANA Karnival Cinta Rasul yang diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah. |FOTO : Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 January 30th, 2017  |  09:12 AM  |   2307 views

BERAKAS

 

Ahad, 29 Januari. - Karnival Cinta Rasul yang berlangsung dengan meriah di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah bermula pada 26 Januari lalu dan menutup tirainya pada hari ini.

 

Ribuan pengunjung dari dalam negara dan negara jiran telah hadir bagi sama-sama memeriahkan karnival selama empat hari anjuran Battle Pro Marketing and Management Services (BattleProMMS) dengan sokongan penuh dari Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan itu.

 

Acara utama yang menjadi tarikan para pengunjung hari terakhir karnival adalah Peraduan Membaca 3 Selawat Utama, di mana peraduan tersebut melibatkan kanak-kanak dan remaja Muslimin serta Muslimah di bawah usia 15 tahun.

 

Acara seterusnya adalah Irama Dakwah yang merupakan persembahan nasyid oleh Kumpulan Qaisaratuzzahra.

 

Pada hari terakhir itu, Pengurus Projek Kecil BattleProMMS, Awang Mohamad Syukri bin Jamil menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang berlangsungnya karnival berkenaan.

 

Bagi Peraduan Tulisan Jawi, tempat pertama dimenangi oleh Dayang Airra Watrisyah binti Jasmi, tempat kedua oleh Awang Mohammad Darwish Ar-Rizqiyyan, manakala Dayang 'Aliyah Nur Fathiah binti Abdullah Hasazaman mendapat tempat ketiga.

 

Sementara itu, pemenang bagi Peraduan Teka Nama Surah, Awang Julazni bin Haji Zaini telah berjaya membawa pulang iPhone. Manakala bagi aktiviti Hijahiyyah : Bina Perkataan adalah Awang Md. Zul Haffiq bin Md. Zhulaidi yang memenangi hadiah wang tunai.

 

Awang Muhammad Nurhidayatullah Al-Mu'min bin Awang Rosman telah memenangi tempat pertama bagi Pertandingan Menghafal Surah Al-Mulk, manakala Dayangku Widad Aiman binti Pengiran Haji Mohammad Hasimuddin dan Dayang Hajah Syafiqah Arfini binti Haji Mohd. Arriffen masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

 

Dalam pada itu, Pertandingan Dikir Daiba'ie yang telah berlangsung pada 28 Januari dijuarai oleh Kumpulan Al Falaah, diikuti dengan Kumpulan Firqah Khairal Khalil sebagai naib juara dan Kumpulan Nurul Muzayyan di tempat ketiga.

 

Johan bagi Peraduan Membaca 3 Selawat Utama ialah Dayang Halimatus Rabeatul Saiedah binti Huzaimi, naib johan disandang oleh Awang Abdul Hadi Muaiyyad bin Haji Azrol dan tempat ketiga diraih oleh Dayang Nurunnajwa Salsabeela Haji Md. Khairul Azmy.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53