FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pelaksanaan Dasar Pendidikan Inklusif untuk pelajar berkeperluan khas


MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman semasa berucap pada Majlis Pelancaran Rasmi Logo Dan Poster diselajurkan dengan Pembukaan Rasmi Jerayawara Unit Pendidikan Khas dan Majlis |PHOTO COURTESY PELITA BRUNEI (Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)

 


 February 2nd, 2017  |  11:18 AM  |   2046 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 1 Februari. - Pada masa ini terdapat seramai 4,303 pelajar berkeperluan khas sedang belajar di sekolah-sekolah peringkat rendah, menengah, pasca menengah  dan ke pengajian tinggi.

 

Sejak tahun 1997, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan Dasar Pendidikan Inklusif, iaitu kanak-kanak atau pelajar-pelajar berkeperluan khas diberi peluang untuk belajar bersama-sama dengan rakan-rakan sebaya mereka di aliran perdana.

 

Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman menjelaskan perkara itu pada Majlis Penyampaian Poster yang juga diselajurkan dengan Pembukaan Rasmi Jerayawara Unit Pendidikan Khas (UPK) dan Majlis Penyampaian Sijil Pelajar-Pelajar Berkeperluan Khas  Lepasan Program Pra-Vokasional berlangsung di Dewan Mahligai, Tingkat 3, Airport Mall, Berakas. 

 

Menurut Yang Berhormat, perkara itu menunjukkan komitmen tinggi Kementerian Pendidikan dalam melaksanakan Dasar Pendidikan Inklusif yang selaras dengan Dasar Pendidikan Wajib tahun 2007.

 

“Kementerian Pendidikan juga sentiasa merancang dan menyediakan pelbagai kemudahan dan program yang bersesuaian untuk memantapkan lagi usaha-usaha yang telah dilaksanakan itu. Oleh sebab itu, hampir di seluruh sekolah rendah dan juga sekolah menengah di negara ini memiliki bilik SENA dan disediakan guru-guru SENA dan Guru Home Room Program Pra-Vokasional, di samping menyediakan perkhidmatan pembantu guru (teacher aides),” ujar Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

 

Yang Berhormat menjelaskan, sembilan buah sekolah rendah dan sekolah menengah juga telah dijadikan ‘Model Inclusive Schools’ (MIS), iaitu sekolah-sekolah yang dilengkapi dengan bilik khas dan kemudahan-kemudahan yang bersesuaian serta mempunyai kurikulum yang khusus untuk kemahiran hidup.

 

Di samping itu jelas Yang Berhormat, Dasar Pendidikan Inklusif negara ini juga telah menunjukkan beberapa kejayaan, baik dari pencapaian akademik dan bidang lain.

 

Tambahnya, walaupun jumlahnya adalah kecil tetapi pencapaian tersebut cukup membanggakan, di antaranya adalah kejayaan salah seorang pelajar yang cacat anggota, yang telah meraih kejayaan dalam bidang akademik hingga ke peringkat sarjana di Universiti Leicester, United Kingdom dan sekarang bertugas sebagai seorang pendidik di salah sebuah sekolah rendah.

 

Demikian juga terang Yang Berhormat, dengan kejayaan dua pelajar lepasan Program Pra-Vokasional.

 

Yang Berhormat menambah, itu adalah antara kisah kejayaan yang dicapai hasil dari Dasar Pendidikan Insklusif tersebut, kejayaan-kejayaan sebeginilah harus lebih banyak diwujudkan oleh pelaksanaan dasar tersebut.

 

Yang Berhormat seterusnya menambah, adalah sangat penting bagi setiap pihak sentiasa terbuka dan sedia mendukung tanggungjawab masing-masing untuk memastikan setiap kanak-kanak yang berkeperluan khas ini mempunyai peluang untuk hidup sebagaimana kanak-kanak yang lain hingga mereka mampu hidup berdikari dan berjaya seperti orang lain.

 

Dalam hubungan ini, Yang Berhormat menyokong usaha UPK untuk melaksanakan jerayawara, yang kita hasratkan untuk menanam keyakinan masyarakat, terutama para ibu bapa dan para pemimpin masyarakat serta para guru sendiri, bahawa usaha Kementerian Pendidikan ini perlu mendapat sokongan padu bagi mendapatkan hasil yang maksimum.

 

Di samping itu katanya, jerayawara tersebut akan memberi kesedaran awam bahawa Kementerian Pendidikan telah berusaha dan menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan, termasuk khidmat konsultasi di UPK.

 

Sehubungan dengan itu juga, jelas Yang Berhormat, pujian harus diberikan kepada 16 pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan awam peringkat ‘O’ dan ‘A’, yang atas inisiatif mereka sendiri telah menyertai program penempatan kerja sementara selaku pembantu guru pendidikan khas sukarelawan bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas yang baru memulakan persekolahan mereka pada tahun ini.

 

Inisiatif sebegini katanya, hendaklah dijadikan ikutan para pelajar dan remaja lainnya.

 

Menteri Pendidikan seterusnya menjelaskan, jumlah mereka juga perlu ditingkatkan lagi di masa hadapan kerana melaluinya boleh memupuk rasa tanggungjawab dan kefahaman di kalangan generasi muda terhadap kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan pendidikan khas itu.

 

“Melalui pelaksanaan terancang Dasar Pendidikan Inklusif itu, telah menunjukkan bahawa Kementerian Pendidikan adalah komited berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi salah satu bidang keutamaan South East Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO) atau SEAMEO priority areas iaitu  “addressing barriers to inclusion”  di peringkat serantau”, ujarnya.

 

“Di peringkat antarabangsa Kementerian Pendidikan sedang berusaha untuk menyelaraskan sistem pendidikan inklusif dengan sasaran keempat ‘United Nation Sustainable Development Goals’ yang menitikberatkan ‘Ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong learning opportunities for all.’

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by BruDirect.com

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16