FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Program Jelajah Sumbangkan Pakaian


AHLI Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Haji Apong yang juga merupakan Penghulu Mukim Tanjong Maya hadir pada majlis tersebut selaku tetamu kehormat.TETAMU kehormat seterusnya menyampaikan beg kepada para penerima. BERGAMBAR ramai bersama tetamu kehormat.SETIAUSAHA / Ketua Urusetia SUKA, Awang Muhammad Amir bin Haji Umarali selaku Pengerusi Program Sumbang dan Bantu semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya pada majlis tersebut. PARA penerima memilih sendiri baju yang disediakan oleh SUKA untuk disumbangkan.

 


 February 4th, 2017  |  07:10 AM  |   1479 views

TUTONG

 

Jumaat, 3 Februari. - Setiausaha / Ketua Urusetia SUKA, Awang Muhammad Amir bin Haji Umarali selaku Pengerusi Program Sumbang dan Bantu menjelaskan, sejak program jelajah tersebut diperkenalkan Sukarelawan Daerah Tutong (SUKA) telah pun berjaya menyumbangkan lebih daripada 4,500 helai pakaian kepada yang memerlukan yang meliputi para penerima dari Mukim Kiudang, Mukim Lamunin, Mukim Ukong dan Mukim Rambai.

 

"Program ini insyaaAllah akan diteruskan ke mukim-mukim yang lain seperti mana yang dihasratkan agar semua sumbangan-sumbangan yang dterima daripada orang ramai ini dapat disalurkan serta diuruskan dengan lebih sempurna dan efektif," tambahnya lagi.

 

Beliau berkata demikikan dalam ucapan alu-aluan pada Program Jelajah Sumbang dan Bantu Mukim ke Mukim ke Daerah Tutong yang diadakan di Dewan Kemasyarakatan Kampung Tanjong Maya, di sini.

 

Lebih 2,500 helai pakaian pelbagai jenis telah disediakan oleh SUKA untuk disumbangkan kepada keluarga yang memerlukan di Mukim Tanjong Maya. 

 

Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Haji Apong selaku Penghulu Mukim Tanjong Maya hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai, diikuti dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Setiausaha / Ketua Urusetia SUKA, Awang Muhammad Amir selaku Pengerusi Program Sumbang dan Bantu.

 

Majlis juga diserikan lagi dengan tayangan video klip pendek 'Sumbang dan Bakti' dan diselajurkan dengan tetamu kehormat menyerahkan beg-beg 'Sumbang dan Bantu' kepada para penerima yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal, keluarga daif dan fakir miskin yang tersenarai untuk menerima bantuan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB).

 

Program tersebut antara lain bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik dan kerjasama SUKA dengan organisasi mukim, di samping dapat membantu pihak kerajaan untuk membantu masyarakat yang memerlukan seperti majlis perundingan mukim dan kampung, badan-badan sukarela dan sebagainya.

 

Turut hadir pada program itu, Ahli MMN, Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esong; Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Shamsul Bahrin bin Haji Mohd. Hussain serta pegawai-pegawai kanan kerajaan, ketua-ketua kampung dan ahli-ahli majlis perundingan kampung di mukim berkenaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54