FacebookInstagramTwitterContact

 

Study Claims Drinking A Mug Of Black Tea Provides Enough Nutrients To Prevent COVID Infection           >>           Buyers Beware: Turmeric Products Are Often Contaminated With Lead           >>           Calcium: Why You Need It, Debunking Myths About It, And The Best Plant-Based Food Sources Of This Important Mineral           >>           Rubber Duck Washes Up On Scottish Beach 18 Years After It Was Released In Ireland           >>           Sainsbury’s Finally Gets The Price Of Freddo Right — After 19 Years           >>           Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Raja Pemedulian dikasihi Rakyat


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bercemar dul KEBAWAH DYMM berkenan beramah mesra bersama peniaga-peniaga yang berjaja di Pasar Pelbagai Barangan Gadong.|FOTO: PELITA BRUNEI (Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi)

 


 February 4th, 2017  |  07:15 AM  |   1566 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 Jumaat, 3 Februari. - Pasar Pelbagai Barangan Gadong mencatat sejarah tersendiri apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bercemar duli bagi meninjau Projek Julangan Titah yang telah dirasmikan semalam.

 

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam itu mencerminkan betapa baginda sangat menitikberatkan hal ehwal kebajikan rakyat jelatanya termasuk kesejahteraan para peniaga tempatan.

 

Walaupun cuaca hujan renyai, namun ia merupakan satu kerahmatan buat rakyat dan penduduk di negara ini, terutama kepada para penjaja dan pengunjung yang berkesempatan bersua muka dan beramah mesra bersama baginda.

 

Keberangkatan Kebawah DYMM ke pasar kurnianya itu juga menyaksikan kemesraan baginda berinteraksi bersama para penjaja yang berniaga di dalam 150 buah petak jualan yang tersedia di pasar yang biasanya beroperasi lewat petang hingga ke malam itu.

 

Sejurus keberangkatan di pasar berkenaan, baginda menerima junjung ziarah dari para penjaja serta para pengunjung yang kebetulan berada di pasar tersebut dan tidak membuang peluang bersalaman bersama raja yang sentiasa dekat di hati rakyat.

 

Keakraban seorang pemimpin dengan rakyat jelata itu turut dikagumi oleh para pelancong luar negeri yang secara kebetulan berada di pasar berkenaan, Kai Sommer dan rakannya yang melancong selama dua minggu ke negara ini berkata, rakyat jelata negara ini seharusnya bersyukur kerana berpeluang mendekati raja yang sanggup bersua muka secara langsung.

 

Sementara itu, salah seorang pengusaha muda iaitu pengasas bersama Kuih Popia Lipat, Dayang Siti Aziimatul Hafiizah binti Haji Morshidi, sangat berbesar hati atas keberangkatan Kebawah DYMM bercemar duli ke gerai yang disewanya bersama rakan-rakannya yang lain.

 

Apa yang paling menjadi kenangan manis bagi mereka ialah Kebawah DYMM berkesudian menandatangani salah satu menu yang terpapar di hadapan meja jualan mereka.

 

Keterujaan juga semestinya dirasa oleh para pengunjung, Awang Haji Anuar bin Haji Idris dan keluarga dari Kampung Pangkalan Sibabau sangat bersyukur atas keberangkatan Kebawah DYMM sendiri yang mempamerkan sifat baginda yang sangat prihatin dan sayangkan rakyat jelata di negara ini.

 

Seluruh rakyat dan penduduk di negara ini mendoakan semoga Kebawah DYMM kekal karar memerintah negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi, Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12