FacebookInstagramTwitterContact

 

Results of Closed Tender for Vehicle Registration Number           >>           Earn Income through Content Creation           >>           Hari Raya Must-Haves and Favourite Food           >>           Decorative Lights add Cheer to Hari Raya Celebration           >>           Disposal Service for Books & Papers containing Quranic Verse           >>           Business resume operations           >>           Back to Work after Hari Raya Holiday           >>           Handover of Brunei Green Economy Framework Report           >>           Tahlil Ceremony           >>           The Sweet-Smelling Honeysuckle Has A Variety Of Medicinal Benefits           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Suntik Semangat Tingkat Produktiviti


MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong bergambar ramai bersama penerima-penerima Pingat Kerja Lama (PKL).

 


 February 5th, 2017  |  10:30 AM  |   980 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sabtu, 4 Februari.- Seramai 11 pegawai dan kakitangan di Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) telah dikurniakan Pingat Kerja Lama (PKL) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-69 Tahun bagi tahun 2015 pada majlis yang berlangsung di kementerian berkenaan hari ini.

 

Majlis turut diselajurkan dengan Penyampaian Sijil-Sijil Perkhidmatan bagi Pesara-Pesara KSSUP Tahun 2014-2015 kepada 92 pesara kementerian berkenaan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan pingat serta sijil kepada penerima-penerima ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali Bin Haji Apong.

 

Atur cara majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Azrol Alim bin Haji Zaini dan diikuti dengan sesi bergambar ramai penerima pingat PKL dan pesara-pesara bersama tetamu kehormat majlis.

 

Dalam temu bual Pelita Brunei bersama Penolong Pegawai Kewangan Tingkat II, Awang Ahmad bin Haji Durahim selaku penerima Pingat PKL melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas pengurniaan pingat berkenaan.

 

Menurut beliau, dengan pengiktirafan berkenaan akan dapat lagi meningkatkan semangatnya untuk terus tekun berusaha dalam mempertingkatkan keupayaan produktiviti kerja demi memajukan negara yang tercinta, Brunei Darussalam.

 

“Penjawat awam perlu memiliki sifat jujur, amanah, tekun berusaha dan patuh kepada arahan dan sentiasa memberikan kerjasama dalam menjayakan sesuatu gerak kerja atau projek yang seterusnya akan mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan positif,” tambah beliau.

 

Pengurniaan pingat berkenaan merupakan satu pengiktirafan atas segala sumbangan tekun, amanah, prestasi kerja dan curah jasa bakti setiap pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam di kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan menampilkan komitmen yang jitu tanpa mengerti erti penat lelah.

 

Manakala penyampaian sijil-sijil perkhidmatan kepada pesara-pesara pula adalah sebagai tanda penghargaan atas jasa dan khidmat bakti yang telah diberikan oleh bekas pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan dalam menjayakan pelbagai projek semasa berkhidmat dengan KSSUP.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Mohamad Azmi Bin Awang Damit

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Chinese Internet Amused By Building That Looks Like Sanitary Pad

 2024-04-16 23:58:01

Scottish Power Pays £300 To Customers After Overcharging

 2024-04-17 00:46:50