Home > Bahasa Melayu
Sukan Frisbee Tarik Penyertaan Belia
SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin semasa hadir selaku tetamu kehormat majlis. TETAMU kehormat, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin beramah mesra bersama kumpulan-kumpulan yang menyertai perlawanan tersebut. |Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas
February 6th, 2017 | 10:08 AM | 1075 views
BANDAR SERI BEGAWAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 5 Februari. - Pasukan Hurricanes menjuarai Kategori Upper Pool pada Kejohanan Disc Means War Ultimate Frisbee 2017 yang berlangsung di Kompleks Sukan Jerudong.
Tempat kedua diraih oleh Pasukan Magni 7 diikuti The Banana Split tempat ketiga.
Hadir selaku tetamu kehormat menyampaikan pingat serta trofi kepada para pemenang ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.
Sementara itu, Kategori Lower Pool dijuarai oleh Flying Pizza diikuti tempat kedua disandang oleh Rebels dan Hakuna Matana pula menduduki tempat ketiga.
Kejohanan sehari itu merupakan kali keempat diadakan yang dianjurkan oleh Disc Means War.
Lebih 280 peserta terlibat dalam kejohanan yang dibahagikan kepada 14 buah pasukan terdiri dari Rebels, Flying Pizza, Avalanche, Trolling Team, Hakuna Matana, DFT, The Banana Split, Discorder, Above Average, Hurricanes, 'T', Taking Back Sunday, Magni 7 dan Rebel Delinquents.
Juga hadir pada kejohanan tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis, selaku Penghulu Mukim Kota Batu serta ahli jawatankuasa kejohanan.
Tujuan utama kejohanan diadakan ialah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan para pasukan di samping bergiat aktif dalam sukan Frisbee selain mengamalkan gaya hidup yang sihat serta melibatkan belia-belia muda aktif dalam bersukan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]