FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkenan berangkat sertai Kejohanan Polo Amal Richard Mille bagi YASKA


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam beraksi dalam perlawanan | Foto: Mohamad Azmi Awang Damit, Hamzah Mohidin

 


 February 6th, 2017  |  10:26 AM  |   1208 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

JERUDONG, Ahad, 5 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyertai perlawanan akhir Kejohanan Polo Amal Richard Mille bagi Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA) yang berlangsung di Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong.

 

Dalam perlawanan akhir itu Pasukan Black diketuai oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia muncul juara, selepas mengalahkan Pasukan Grey yang diketuai oleh paduka adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dengan kiraan 8-5 dalam empat caka.

 

Kebawah DYMM menjaringkan dua gol dalam caka 1 dan caka 3.

 

Berangkat menyaksikan perlawanan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.

 

Juga berangkat, paduka-paduka adinda dan anakanda Kebawah DYMM, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

 

Pasukan Black juga disertai oleh paduka anakanda baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah.

 

Sebagai juara Pasukan Black memenangi Piala Richard Mille dimana baginda berkenan menerima piala tersebut yang disembahkan oleh Pegawai Eksekutif Richard Mille bagi Eropah, Timur Tengah dan Afrika, Tuan Peter Harrison.

 

Sementara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah adalah penjaring terbanyak kejohanan dengan lapan jaringan.

 

Naib juara dimenangi oleh pasukan Grey manakala pasukan Red yang diketuai oleh Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah menduduki tempat ketiga dan Pasukan White, pimpinan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah berada di tempat keempat.

 

Sebagai raja yang prihatin, baginda seterusnya  beramah mesra bersama kanak-kanak dari YASKA.

 

Baginda juga berkenan menerima pesambah berupa jambangan bunga dan seterusnya bergambar ramai bersama warga YASKA yang turut menyaksikan perlawanan tersebut hari ini.

 

YASKA merupakan pertubuhan bukan Kerajaan yang bertujuan untuk memberikan sokongan kepada kanak-kanak yang menghidap kanser dan keluarga mereka ketika menjalani rawatan serta mendidik dan mewujudkan kesedaran awam mengenai kanak-kanak yang mengakami kanser di negara ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16